Download Print this page

Makita JR002G Instruction Manual page 37

Cordless recipro saw
Hide thumbs Also See for JR002G:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Tekan kasut dengan perlahan terhadap bahan kerja.
Jangan biarkan alat itu melantun. Bawa bilah gergaji
recipro berdekatan sedikit dengan bahan kerja.
Pertama, buat alur penahan menggunakan kelajuan
yang lebih perlahan. Kemudian gunakan kelajuan yang
lebih cepat untuk terus memotong.
► Rajah14
NOTIS:
Jangan potong bahan kerja dengan
kasut berada jauh daripada bahan kerja atau
tanpa kasut. Melakukan perkara sedemikian akan
meningkatkan daya tindak balas yang mungkin
merosakkan bilah gergaji recipro.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat
dimatikan dan kartrij bateri dikeluarkan
sebelum cuba menjalankan pemeriksaan atau
penyelenggaraan.
NOTIS:
Jangan gunakan petrol, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
Aksesori-aksesori atau
lampiran-lampiran ini adalah disyorkan untuk
digunakan dengan alat Makita anda yang
ditentukan dalam manual ini. Penggunaan mana-
mana aksesori-aksesori atau lampiran-lampiran lain
mungkin mengakibatkan risiko kecederaan kepada
orang. Hanya gunakan aksesori atau lampiran untuk
tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk
maklumat lebih lanjut mengenai aksesori ini, tanya
Pusat Perkhidmatan Makita tempatan anda.
Bilah gergaji recipro
Bateri dan pengecas asli Makita
NOTA: Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut negara.
37 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading