Download Print this page

Makita DPV300 Instruction Manual page 41

Cordless sander polisher
Hide thumbs Also See for DPV300:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Operasi menggilap
► Rajah12
1.
Rawatan permukaan
Gunakan pad kain berbulu untuk kemasan kasar
kemudian gunakan pad span untuk kemasan halus.
2.
Menyapu lilin
Gunakan pad span. Sapukan lilin pada pad span atau
permukaan kerja. Jalankan alat dalam kelajuan rendah
untuk melicinkan lilin.
PERHATIAN:
Jangan gunakan lilin atau
ejen penggilapan yang berlebihan. Ia akan
menghasilkan lebih banyak habuk dan boleh
menyebabkan penyakit mata atau pernafasan.
NOTA: Mula-mula, lakukan ujian pelilinan pada
bahagian permukaan kerja yang tidak ketara.
Pastikan alat ini tidak mencalarkan permukaan atau
mengakibatkan pelilinan tidak rata.
3.
Menanggalkan lilin
Gunakan pad span. Jalankan alat untuk menanggalkan
lilin.
4.
Penggilapan
Sapukan pad span ke permukaan kerja dengan lembut.
Operasi pengamplasan
PERHATIAN:
Jangan sekali-kali
menghidupkan alat ketika ia bersentuhan dengan
bahan kerja, ia boleh menyebabkan kecederaan
kepada pengendali.
PERHATIAN:
Jangan sekali-kali menjalankan
alat tanpa cakera lelas. Anda boleh merosakkan
alat dengan serius.
PERHATIAN:
Sentiasa memakai gogal
keselamatan atau pelindung muka semasa
operasi.
PERHATIAN:
Selepas operasi, sentiasa
matikan alat dan tunggu sehingga cakera berhenti
sepenuhnya sebelum meletakkan alat di bawah.
► Rajah13
SENTIASA pegang alat dengan kemas dengan satu
tangan pada pemegang belakang dan satu lagi tangan
pada pemegang sisi. Hidupkan alat dan kemudian letak
cakera lelas pada bahan kerja.
Secara amnya, kekalkan cakera lelas pada sudut kira-
kira 15 darjah dari permukaan bahan kerja.
Gunakan sedikit sahaja tekanan. Tekanan yang
berlebihan akan menyebabkan prestasi yang lemah
dan haus terlalu awal pada cakera lelas.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
dimatikan dan kartrij bateri dikeluarkan
sebelum cuba menjalankan pemeriksaan atau
penyelenggaraan.
NOTIS:
Jangan gunakan petrol, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
Membersihkan pelindung habuk
► Rajah14: 1. Pelindung habuk
Bersihkan pelindung habuk secara berkala pada
lubang penyedutan untuk peredaran udara yang lancar.
Tanggalkan pelindung habuk dan bersihkan jaring.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
lampiran-lampiran ini adalah disyorkan untuk
digunakan dengan alat Makita anda yang
ditentukan dalam manual ini. Penggunaan mana-
mana aksesori-aksesori atau lampiran-lampiran lain
mungkin mengakibatkan risiko kecederaan kepada
orang. Hanya gunakan aksesori atau lampiran untuk
tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk
maklumat lebih lanjut mengenai aksesori ini, tanya
Pusat Perkhidmatan Makita tempatan anda.
Pad kain berbulu
Pad span (kuning)
Pad span (putih)
Span ajaib
Pad putar pasang/putar tanggal
Bateri dan pengecas asli Makita
NOTA: Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut negara.
41 BAHASA MELAYU
Sentiasa pastikan alat
Aksesori-aksesori atau

Advertisement

loading