Makita DSL801 Instruction Manual page 55

Cordless drywall sander
Hide thumbs Also See for DSL801:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Perlindungan lebih beban
Apabila alat atau bateri beroperasi dengan cara
yang menyebabkan ia menarik arus tinggi yang luar
biasa, alat akan terhenti secara automatik dan lampu
berkelip. Dalam situasi ini, matikan alat dan hentikan
penggunaan yang menyebabkan alat menjadi terlebih
beban. Kemudian hidupkan alat untuk mula semula.
Perlindungan pemanasan lampau
Apabila alat atau bateri terlampau panas, alat akan
terhenti secara automatik dan lampu menyala. Dalam
hal ini, biarkan alat dan bateri menyejuk sebelum
menghidupkan semula alat.
Perlindungan lebih nyahcas
Apabila kapasiti bateri tidak mencukupi, alat akan
berhenti secara automatik. Dalam kes ini, keluarkan
bateri daripada alat dan cas bateri.
Tindakan suis
PERHATIAN:
Sebelum memasang kartrij
bateri ke dalam alat, sentiasa periksa untuk
melihat pemicu suis bergerak dengan betul dan
kembali ke posisi "OFF" apabila dilepaskan.
PERHATIAN:
Suis boleh dikunci dalam
kedudukan "ON" untuk memudahkan keselesaan
pengendali semasa penggunaan berpanjangan.
Berhati-hati semasa mengunci alat dalam
kedudukan "ON" dan kekalkan genggaman yang
kukuh pada alat.
PERHATIAN:
Jangan pasang kartrij bateri
dengan butang kunci terikat.
PERHATIAN:
Apabila tidak mengendalikan
alat ini, tekan butang kunci pemicu dari
sisi
untuk mengunci pemicu suis di kedudukan
OFF.
► Rajah3: 1. Butang kunci pemicu
► Rajah4: 1. Pemicu suis 2. Butang kunci 3. Butang
kunci pemicu
Untuk mengelakkan pemicu suis daripada ditarik secara
tidak sengaja, butang kunci pemicu disediakan. Untuk
memulakan alat, tekan butang kunci pemicu dari sisi
A (
) dan tarik pemicu suis. Lepaskan pemicu suis
untuk berhenti. Selepas digunakan, tekan butang kunci
pemicu dari sisi B ( ).
Untuk operasi berterusan, tekan butang kunci sambil
menarik pemicu suis dan kemudian lepaskan pemicu
suis. Untuk menghentikan alat, tarik pemicu suis
sepenuhnya, kemudian lepaskan.
Dail pelarasan kelajuan
► Rajah5: 1. Dail pelarasan kelajuan
Kelajuan putaran alat boleh ditukar dengan
memutarkan dail pelarasan kelajuan. Jadual di bawah
menunjukkan nombor pada dail dan kelajuan putaran
berkaitan.
Nombor
1
2
3
4
5
NOTIS:
Dail pelaras kelajuan boleh dipusingkan
hanya sejauh 5 dan kembali ke 1. Jangan
memaksa ia melepasi 5 atau 1, atau fungsi pelaras
kelajuan mungkin tidak berfungsi lagi.
Lampu penunjuk beban lebih dan
terlampau panas
► Rajah6: 1. Lampu penunjuk
Jika alat dikendalikan dengan beban berlebihan, alat
akan terhenti secara automatik dan lampu penunjuk
berkelip merah. Dalam kes ini, kurangkan beban pada
alat.
Jika alat terlampau panas, alat berhenti secara
automatik dan lampu penunjuk menyala merah. Dalam
kes ini, biarkan alat menyejuk sebelum menghidupkan
semula alat.
Fungsi elektronik
Alat yang dilengkapi dengan fungsi elektronik mudah
dikendalikan kerana ciri-ciri berikut.
Kawalan kelajuan malar
Berkemungkinan untuk mendapatkan kemasan
yang halus, kerana kelajuan putaran sentiasa malar
walaupun di bawah keadaan berbeban.
Ciri mula ringan
Mula ringan kerana kejutan permulaan ditahan.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
dimatikan dan kartrij bateri dikeluarkan sebelum
menjalankan sebarang kerja pada alat.
Memasang cakera lelas
► Rajah7: 1. Cakera lelas 2. Pad
Keluarkan sebarang kotoran atau bahan asing daripada
pad dan kemudian pasang cakera lelas pada pad
sambil menjajarkan lubang di dalam cakera lelas
dengan lubang yang terdapat di dalam pad.
55 BAHASA MELAYU
Kelajuan
-1
1,000 min
-1
1,200 min
-1
1,400 min
-1
1,600 min
-1
1,800 min
Sentiasa pastikan alat

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents