Makita DSL801 Instruction Manual page 52

Cordless drywall sander
Hide thumbs Also See for DSL801:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
1.
Kekalkan genggaman yang kuat pada alat
kuasa dan pastikan kedudukan badan dan
lengan anda membolehkan anda menahan
daya tolak keluar. Sentiasa gunakan pemegang
tambahan, jika disediakan, untuk kawalan
maksimum terhadap tolak keluar atau tindak
balas tork semasa memulakan. Pengendali
boleh mengawal tindak balas tork atau daya
tolak keluar, jika langkah berjaga-jaga yang wajar
diambil.
2.
Jangan sekali-kali meletakkan tangan anda
dekat dengan aksesori yang berputar. Aksesori
mungkin ditolak keluar ke atas tangan anda.
3.
Jangan letakkan badan anda di kawasan yang
alat kuasa akan bergerak jika tolak keluar
berlaku. Tolak keluar akan mendorong alat ke
arah bertentangan dengan pergerakan roda ketika
aksesori tersangkut.
Gunakan dengan lebih berhati-hati apabila
4.
bekerja di sudut, pinggir yang tajam dan
sebagainya. Elakkan aksesori daripada
melantun dan tersangkut. Sudut, pinggir yang
tajam atau melantun mempunyai kecenderungan
untuk menyebabkan aksesori berputar tersangkut
dan menyebabkan hilang kawalan atau tolak
keluar.
5.
Jangan pasang bilah ukiran kayu gergaji
rantai atau bilah gergaji bergigi. Bilah seperti ini
akan kerap menghasilkan tolak keluar dan hilang
kawalan.
Amaran Keselamatan Khusus untuk Operasi
Pemasiran:
Jangan gunakan kertas cakera pemasiran
1.
yang terlalu besar secara berlebihan. Ikut
pengesyoran pengilang, apabila memilih
kertas pemasiran. Kertas pemasiran lebih
besar yang terkeluar daripada pad pemasiran
akan mewujudkan bahaya melecet dan mungkin
menyebabkan tersangkut dan mengoyakkan
cakera atau tolak keluar.
Amaran Keselamatan Tambahan:
Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
1.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
2.
Pastikan bahawa bahan kerja disokong
dengan betul.
3.
Ambil perhatian bahawa pad akan terus
berputar selepas alat dimatikan.
4.
Jika tempat kerja sangat panas dan lembap
atau sangat tercemar oleh habuk berkonduksi,
gunakan pemutus litar pintas (30 mA) untuk
memastikan keselamatan pengendali.
5.
Jangan gunakan alat pada mana-mana bahan
yang mengandungi asbestos.
6.
Jangan guna sarung tangan kerja jenis kain
semasa operasi. Fiber daripada sarung tangan
jenis kain mungkin termasuk ke dalam alat, yang
menyebabkan alat pecah.
7.
Sentiasa bekerja di kawasan yang mempunyai
pengudaraan yang baik.
8.
Apabila meletakkan alat, letakkan alat di atas
permukaan yang rata dan stabil.
9.
Apabila mengendalikan alat, sambungkan
alat kepada pembersih hampagas sekerap
mungkin untuk memastikan kawasan kerja
sentiasa bersih dan mengelakkan pengendali
daripada tersedut zarah yang dihasilkan oleh
operasi tersebut.
10. Kendalikan dan simpan aksesori dengan
cermat.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN:
JANGAN biarkan keselesaan atau
kebiasaan dengan produk (daripada penggunaan
berulang) menggantikan pematuhan ketat
terhadap peraturan keselamatan untuk produk
yang ditetapkan. SALAH GUNA atau kegagalan
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
yang dinyatakan dalam manual arahan ini boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
Arahan keselamatan penting untuk
kartrij bateri
1.
Sebelum menggunakan kartrij bateri, baca
semua arahan dan tanda amaran pada (1)
pengecas bateri, (2) bateri, dan (3) produk
menggunakan bateri.
Jangan buka atau cabut kartrij bateri. Ia boleh
2.
mengakibatkan kebakaran, haba berlebihan, atau
letupan.
Jika masa operasi menjadi sangat pendek,
3.
berhenti operasi serta merta. Ia mungkin
menyebabkan risiko pemanasan lampau,
melecur bahkan letupan.
Jika elektrolit masuk ke dalam mata anda,
4.
bilas mata dengan air jernih dan dapatkan
rawatan perubatan serta merta. Ia mungkin
menyebabkan kehilangan penglihatan.
Jangan pintaskan kartrij bateri:
5.
(1)
Jangan sentuh terminal dengan bahan
berkonduksi.
(2)
Elakkan menyimpan kartrij bateri dalam
bekas bersama-sama objek besi lain
seperti paku, duit syiling, dll.
(3)
Jangan dedahkan kartrij bateri kepada air
atau hujan.
Pintasan bateri boleh menyebabkan aliran
kuasa yang besar, pemanasan lampau,
melecur dan juga kerosakan.
6.
Jangan simpan dan gunakan alat dan kartrij
bateri di lokasi yang suhunya mungkin
mencapai atau melebihi 50 °C (122 °F).
7.
Jangan bakar kartrij bateri walaupun jika ia
rosak teruk atau haus sepenuhnya. Kartrij
bateri boleh meletup dalam kebakaran.
8.
Jangan paku, potong, pecahkan, buang,
jatuhkan kartrij bateri, atau tekan objek keras
pada kartrij bateri. Perbuatan sedemikian boleh
mengakibatkan kebakaran, haba berlebihan, atau
letupan.
Jangan gunakan bateri yang rosak.
9.
52 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents