Download Print this page

Makita HP2050 Instruction Manual page 21

2-speed hammer drill
Hide thumbs Also See for HP2050:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
AMARAN KESELAMATAN GERUDI
TUKUL
1.
Pakai pelindung telinga semasa penggerudian
berimpak. Pendedahan kepada bunyi bising
boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.
2.
Gunakan pemegang tambahan, jika dibekalkan
dengan alat. Hilang kawalan boleh menyebabkan
kecederaan diri.
3.
Pegang alat kuasa dengan permukaan
mencengkam tertebat apabila melakukan
operasi yang aksesori pemotong mungkin
tersentuh wayar tersembunyi atau kordnya
sendiri. Aksesori pemotong yang bersentuh
dengan wayar "hidup" boleh menyebabkan
bahagian logam terdedah alat kuasa "hidup"
dan boleh memberi kejutan elektrik kepada
pengendali.
4.
Sentiasa pastikan anda mempunyai tapak
berpijak yang kukuh.
Pastikan tiada sesiapa di bawah apabila
menggunakan alat di lokasi yang tinggi.
5.
Pegang alat dengan kukuh menggunakan
kedua-dua tangan.
6.
Jauhkan tangan daripada bahagian berpusing.
7.
Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
Jangan sentuh bit atau bahan kerja dengan
8.
serta-merta selepas operasi; ia mungkin panas
dan boleh melecurkan kulit anda.
Sesetengah bahan mengandungi bahan kimia
9.
yang mungkin toksik. Sila berhati-hati untuk
mencegah penyedutan habuk dan sentuhan
kulit. Ikut data keselamatan pembekal bahan.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN: JANGAN biarkan keselesaan
atau kebiasaan dengan produk (daripada
penggunaan berulang) menggantikan
pematuhan ketat terhadap peraturan
keselamatan untuk produk yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan untuk
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
yang dinyatakan dalam manual arahan ini
boleh menyebabkan kecederaan diri yang
serius.
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menyelaras atau menyemak
fungsi pada alat.
Tindakan suis
► Rajah1: 1. Butang kunci 2. Skru kawalan kelajuan
3. Pemicu suis 4. Tinggi 5. Rendah
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa periksa
untuk melihat pemicu suis bergerak dengan
betul dan kembali ke posisi "OFF" apabila
dilepaskan.
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Kelajuan alat ditingkatkan dengan menambah tekanan
pada pemicu suis. Lepaskan pemicu suis untuk
berhenti.
Untuk operasi berterusan, tarik pemicu suis dan
kemudian tolak masuk butang kunci.
Untuk menghentikan alat dari kedudukan terkunci, tarik
pemicu suis sepenuhnya, kemudian lepaskan.
Skru kawalan kelajuan disediakan supaya kelajuan alat
maksimum dapat dihadkan (boleh ubah). Pusing skru
kawalan kelajuan mengikut arah jam untuk kelajuan
yang lebih tinggi, dan lawan jam untuk kelajuan yang
lebih rendah.
Menyalakan lampu
Untuk model HP2050F, HP2051F
► Rajah2: 1. Lampu
PERHATIAN:
Jangan lihat ke dalam cahaya atau lihat sumber
cahaya secara langsung.
Untuk menghidupkan lampu, tarik pemicu. Lepaskan
pemicu untuk mematikannya.
NOTA:
Gunakan kain kering untuk mengelap kotoran
daripada kanta lampu. Berhati-hati agar tidak
mencalarkan kanta lampu, atau ia mungkin
mengurangkan pencahayaan.
21 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hp2050fHp2051Hp2051f