Download Print this page

Manual Arahan - Makita HP2050 Instruction Manual

2-speed hammer drill
Hide thumbs Also See for HP2050:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BAHASA MELAYU (Arahan asal)
SPESIFIKASI
Model
Kelajuan
Kapasiti
Kelajuan tanpa beban (min
Pukulan seminit
Panjang keseluruhan
Berat bersih
Kelas keselamatan
• Disebabkan program penyelidikan dan pembangunan kami yang berterusan, spesifikasi yang terkandung di dalam
ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
• Spesifikasi mungkin berbeza mengikut negara.
• Berat mengikut Prosedur EPTA 01/2003
Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang digunakan
untuk alat ini. Pastikan anda memahami maksudnya
sebelum menggunakan.
Baca manual arahan.
PENEBATAN BERGANDA
Hanya untuk negara-negara Kesatuan
Eropah
Jangan buang peralatan elektrik
bersama bahan sisa rumah! Dalam
mematuhi Arahan Eropah mengenai Sisa
Peralatan Elektrik dan Elektronik serta
pelaksanaannya mengikut undang-undang
negara, peralatan elektrik yang telah
mencapai akhir hayatnya mesti dikumpul
secara berasingan dan dikembalikan ke
kemudahan kitar semula yang bersesuaian
dengan alam sekitar.
Tujuan penggunaan
Alat ini bertujuan untuk penggerudian berimpak dalam
bata, konkrit dan batu serta untuk penggerudian tanpa
impak pada kayu, logam, seramik dan plastik.
Bekalan kuasa
Alat ini perlu disambungkan hanya kepada bekalan
kuasa dengan voltan yang sama seperti yang
ditunjukkan pada papan nama, dan hanya boleh
dikendalikan pada bekalan AC fasa tunggal. Ia
mempunyai penebatan berganda dan oleh itu, ia juga
boleh digunakan dari soket tanpa wayar bumi.
Amaran Keselamatan Umum Alat
Kuasa
AMARAN Baca semua amaran keselamatan dan
semua arahan. Kegagalan mematuhi amaran dan
arahan boleh menyebabkan kejutan elektrik, kebakaran
dan/atau kecederaan serius.
Tinggi
Konkrit
20 mm
Keluli
8 mm
Kayu
25 mm
-1
)
0 - 2,900
0 - 58,000
HP2050/HP2050F
Rendah
-----
13 mm
40 mm
0 - 1,200
0 - 24,000
362 mm
2.5 kg
Simpan semua amaran dan
arahan untuk rujukan masa
depan.
Istilah "alat kuasa" dalam amaran merujuk kepada alat
kuasa yang menggunakan tenaga elektrik (dengan
kord) atau alat kuasa yang menggunakan bateri (tanpa
kord).
Keselamatan kawasan kerja
1.
Pastikan kawasan kerja bersih dan terang.
Kawasan berselerak atau gelap mengundang
kemalangan.
2.
Jangan kendalikan alat kuasa dalam keadaan
yang mudah meletup, seperti dalam kehadiran
cecair, gas atau habuk yang mudah terbakar.
Alat kuasa menghasilkan percikan api yang boleh
menyalakan debu atau wasap.
3.
Jauhkan kanak-kanak dan orang ramai semasa
mengendalikan alat kuasa. Gangguan boleh
menyebabkan anda hilang kawalan.
Keselamatan elektrik
4.
Palam alat kuasa mesti sepadan dengan
soket. Jangan ubah suai palam dalam apa cara
sekalipun. Jangan gunakan sebarang palam
penyesuai dengan alat kuasa terbumi. Palam
yang tidak diubah suai dan soket yang sepadan
akan mengurangkan risiko kejutan elektrik.
5.
Elakkan sentuhan badan dengan permukaan
terbumi, seperti paip, radiator, dapur dan peti
sejuk. Terdapat peningkatan risiko kejutan elektrik
jika elektrik terbumi terkena badan anda.
6.
Jangan biarkan alat kuasa terkena hujan
atau basah. Air yang memasuki alat kuasa akan
meningkatkan risiko kejutan elektrik.
7.
Jangan salah gunakan kord. Jangan gunakan
kord untuk membawa, menarik atau mencabut
palam alat kuasa. Jauhkan kord dari haba,
minyak, bucu tajam atau bahagian yang
bergerak. Kord yang rosak atau tersimpul
meningkatkan risiko kejutan elektrik.
19 BAHASA MELAYU
HP2051/HP2051F
Tinggi
20 mm
8 mm
25 mm
0 - 2,900
0 - 58,000
360 mm
2.5 kg
/II
Rendah
-----
13 mm
40 mm
0 - 1,200
0 - 24,000

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hp2050fHp2051Hp2051f