Philips GC8560/02 Manual page 27

Philips 8500 series pressurised steam generator gc8560 1.6 l auto cord
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Jangan masukkan air panas, minyak wangi, cuka, kanji, agen penanggal kerak, bahan bantu
penyeterikaan atau bahan kimia lain ke dalam tangki air.
Nota: Jika air paip di kawasan anda amat sadah, kami menasihatkan supaya anda mencampurkannya
dengan jumlah air suling yang sama banyak.
Nota: Jangan condongkan atau goncang penjana stim apabila tangki airnya penuh, jika tidak, airnya
mungkin tertumpah keluar daripada lubang isian.
3
Pastikan tangki air dipasang dengan kukuh pada penjana stim, jika tidak seterika tidak akan
mengeluarkan sebarang stim.
4
Letak alas letak seterika di atas papan seterika. (Gamb. 5)
5
Luncurkan gelangsar kunci bawa ke kiri untuk membuka kunci seterika daripada penjana stim.
Letak seterika di atas alas letak seterika.
6
Pasangkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding terbumi dan hidupkan penjana stim.
7
Untuk menetapkan suhu seterika yang dikehendaki, putar tombol suhu ke kedudukan yang
sesuai (Gamb. 6).
Nota: Penyeterikaan stim hanya boleh dilakukan pada suhu penyeterikaan yang lebih tinggi (tetapan
suhu 2 atau lebih tinggi).
8
Putarkan tombol kuasa pada tetapan stim yang dikehendaki untuk menghidupkan
perkakas. Pastikan tetapan stim sesuai untuk suhu penyeterikaan yang dipilih (Gamb. 7).
1
Tetapkan kepada stim ECO (tetapan suhu 2 hingga MAX).
2
Tetapkan kepada stim sederhana (tetapan suhu 3 hingga MAX).
3
Tetapkan pada stim maksimum (tetapan suhu pada MAX).
Lampu tetapan stim yang sepadan berkelip untuk menandakan bahawa penjana stim sedang
,
memanas (Gamb. 8).
Selepas kira-kira 2 minit, lampu tetapan stim yang sepadan terus menyala untuk menandakan
,
bahawa penjana stim sedia untuk penyeterikaan stim.
9
Tekan pencetus stim dan biarkan ia ditekan semasa anda menyeterika dengan
stim. (Gamb. 9)
Untuk menyeterika tanpa stim, hanya guna seterika tanpa menekan pencetus stim.
Nota: Anda boleh meletakkan seterika yang panas di atas alas letak seterika dengan selamat semasa
penyeterikaan. Jangan letakkan alas bersama seterika di atas permukaan yang boleh dilecuhkan oleh
haba.
Nota: Jangan sentuh alas letak seterika buat beberapa ketika setelah anda mengalihkan seterika yang
panas daripadanya, kerana alas itu panas.
Fungsi pancutan stim
Semasa penyeterikaan stim, anda boleh menggunakan fungsi rangsangan stim untuk menghilangan
kedutan yang degil.
1
Tetapkan tombol suhu pada tetapan antara3 dan MAX.
2
Tekan butang pancutan stim. (Gamb. 10)
Jangan halakan stim kepada orang.
Nota: Beberapa titisan air mungkin terbentuk apabila anda menggunakan fungsi rangsangan stim buat
kali pertama. Titisan air tersebut hilang setelah anda menggunakan fungsi rangsangan stim buat
beberapa waktu.
Bahasa MElayu
27

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents