Philips GC8560/02 Manual page 26

Philips 8500 series pressurised steam generator gc8560 1.6 l auto cord
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa MElayu
26
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa, hos bekalan atau perkakas itu sendiri
menunjukkan kerosakan yang nyata, atau jika perkakas telah terjatuh atau bocor.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau
pihak yang berkelayakan serupa bagi mengelakkan bahaya.
-
Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila ia bersambung dengan sesalur kuasa.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Jangan biarkan kord sesalur kuasa dan hos bekalan bersentuhan dengan plat tapak seterika yang
panas.
-
Jika stim keluar dari bawah tukup bilas Pembersihan Kerak semasa perkakas menjadi panas,
matikan perkakas dan ketatkan tukup bilas Pembersihan Kerak. Jika stim terus keluar semasa
perkakas menjadi panas, matikan perkakas dan hubungi pusat servis yang diluluskan oleh Philips.
-
Jangan keluarkan tukup bilas Pembersihan kerak daripada penjana stim apabila penjana stim
masih panas atau di bawah tekanan.
-
Jangan gunakan sebarang tukup lain pada penjana stim selain daripada tukup bilas Pembersihan
Kerak yang telah dibekalkan bersama perkakas.
-
Jangan letakkan seterika yang telah dihidupkan di atas alas letak seterika tahan panas buat
tempoh masa yang panjang. Hanya gunakan alas letak seterika tahan panas itu untuk meletakkan
seterika buat tempoh masa yang pendek semasa menyeterika.
awas
-
Sambungkan perkakas hanya ke soket dinding yang terbumi.
-
Periksa kord dan hos bekalan dengan kerap untuk mencari apa-apa kerosakan.
-
Sentiasa letak dan gunakan seterika dan penjana stim pada permukaan yang stabil, rata dan
mendatar.
-
Buka lilitan kord sesalur kuasa sepenuhnya sebelum anda memasukkan plag ke dalam soket
dinding.
-
Platform seterika dan plat tapak seterika boleh menjadi amat panas dan boleh menyebabkan
kelecuran jika tersentuh. Jika anda hendak mengalihkan penjana stim, jangan sentuh platform
seterika.
-
Selepas anda selesai menyeterika, semasa anda membersihkan perkakas, semasa anda mengisi
atau mengosongkan penjana stim dan juga semasa anda membiarkan seterika walaupun
sebentar: letakkan seterika di atas alas letak seterika yang tahan haba, matikan perkakas dan
cabut plag sesalur daripada soket dinding.
-
Bilas penjana stim dengan tetap menurut arahan dalam bab 'Membersih dan menyelenggara'.
-
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Menggunakan perkakas
Penyeterikaan stim
1
Letakkan penjana stim di atas permukaan yang stabil dan rata, cthnya pada bahagian keras
papan menyeterika atau di atas meja.
2
Pastikan air di dalam tangki air mencukupi (Gamb. 4).
Anda boleh menanggalkan tangki air dan mengisinya pada bila-bila masa apabila ia sedang digunakan.
Isi tangki air sebelum mula menggunakannya dan sebaik sahaja lampu 'tangki air kosong berkelip.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents