Makita MW001G Instruction Manual page 49

Cordless microwave
Hide thumbs Also See for MW001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
6.
Dalam keadaan kasar, cecair mungkin
dikeluarkan daripada bateri; elakkan sentuhan.
Jika tersentuh secara tidak sengaja, siram
dengan air. Jika cecair terkena mata, dapatkan
bantuan perubatan di samping siraman air.
Cecair yang dikeluarkan dari bateri mungkin
menyebabkan kegatalan atau luka kebakaran.
7.
Jangan gunakan pek bateri atau alat yang
rosak atau diubah suai. Bateri yang rosak atau
diubah suai mungkin menunjukkan tingkah laku
yang tidak dijangka menyebabkan kebakaran,
letupan atau risiko kecederaan.
8.
Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada
api atau suhu yang berlebihan. Pendedahan
kepada api atau suhu melebihi 130 °C mungkin
menyebabkan letupan.
9.
Ikut semua arahan pengecasan dan jangan
cas pek bateri atau alat di luar julat suhu
yang ditetapkan dalam arahan. Mengecas
dengan tidak betul atau pada suhu di luar julat
yang ditetapkan mungkin merosakkan bateri dan
meningkatkan risiko kebakaran.
10. Pastikan servis dijalankan oleh orang yang
berkelayakan menggunakan alat ganti yang
sama. Ini akan memastikan keselamatan produk
dapat dikekalkan.
Jangan ubah suai atau cuba membaiki
11.
perkakas atau pek bateri kecuali seperti yang
dinyatakan dalam arahan untuk penggunaan
dan penjagaan.
Arahan keselamatan penting untuk
kartrij bateri
1.
Sebelum menggunakan kartrij bateri, baca
semua arahan dan tanda amaran pada (1)
pengecas bateri, (2) bateri, dan (3) produk
menggunakan bateri.
2.
Jangan nyahpasang atau menghentak kartrij
bateri. Ia boleh mengakibatkan kebakaran, haba
berlebihan, atau letupan.
3.
Jika masa operasi menjadi sangat pendek,
berhenti operasi serta merta. Ia mungkin
menyebabkan risiko pemanasan lampau,
melecur bahkan letupan.
4.
Jika elektrolit masuk ke dalam mata anda,
bilas mata dengan air jernih dan dapatkan
rawatan perubatan serta merta. Ia mungkin
menyebabkan kehilangan penglihatan.
5.
Jangan pintaskan kartrij bateri:
(1)
Jangan sentuh terminal dengan bahan
berkonduksi.
Elakkan menyimpan kartrij bateri dalam
(2)
bekas bersama-sama objek besi lain
seperti paku, duit syiling, dll.
Jangan dedahkan kartrij bateri kepada air
(3)
atau hujan.
Pintasan bateri boleh menyebabkan aliran
kuasa yang besar, pemanasan lampau,
melecur dan juga kerosakan.
6.
Jangan simpan dan gunakan alat dan kartrij
bateri di lokasi yang suhunya mungkin
mencapai atau melebihi 50 °C (122 °F).
7.
Jangan bakar kartrij bateri walaupun jika ia
rosak teruk atau haus sepenuhnya. Kartrij
bateri boleh meletup dalam kebakaran.
8.
Jangan paku, potong, pecahkan, buang,
jatuhkan kartrij bateri, atau tekan objek keras
pada kartrij bateri. Perbuatan sedemikian boleh
mengakibatkan kebakaran, haba berlebihan, atau
letupan.
9.
Jangan gunakan bateri yang rosak.
10. Jangan servis pek bateri yang telah rosak.
Servis pek bateri hanya boleh dilakukan oleh
pengeluar atau penyedia servis yang sah.
11.
Bateri litium ion yang terkandung adalah
tertakluk kepada keperluan Perundangan
Barangan Berbahaya.
Bagi pengangkutan komersil cth. oleh pihak
ketiga, ejen penghantar, keperluan khas
pada pembungkusan dan pelabelan mestilah
diperhatikan.
Bagi persediaan item yang dihantar, berunding
dengan pakar bahan berbahaya adalah
diperlukan. Sila juga perhatikan sebolehnya
peraturan kebangsaan yang lebih terperinci.
Lekatkan atau balut bahagian terbuka dan
pek bateri supaya ia tidak bergerak dalam
pembungkusan.
12. Apabila melupuskan kartrij bateri, keluarkan
ia daripada alat dan lupuskan di tempat
yang selamat. Ikut peraturan tempatan anda
berkaitan dengan pelupusan bateri.
13. Gunakan bateri hanya dengan produk yang
ditentukan oleh Makita. Memasang bateri
kepada produk yang tidak patuh mungkin
menyebabkan kebakaran, pemanasan lampau,
atau kebocoran elektrolit.
14. Jika alat tidak digunakan untuk tempoh masa
yang lama, bateri mesti dikeluarkan daripada
alat.
15. Semasa dan selepas penggunaan, kartrij bateri
mungkin ada haba yang boleh menyebabkan
terbakar atau suhu rendah terbakar. Beri
perhatian kepada pengendalian kartrij bateri
yang panas.
16. Jangan sentuh terminal alat itu selepas
digunakan kerana ia mungkin panas
menyebabkan terbakar.
17. Jangan biarkan cip, habuk, atau tanah
terperangkap ke dalam terminal, lubang,
dan alur cahaya kartrij bateri. Ia mungkin
menyebabkan prestasi teruk atau kerosakan pada
alat atau kartrij bateri.
18. Melainkan alat ini menyokong penggunaan
berhampiran talian kuasa elektrik voltan tinggi,
jangan gunakan kartrij bateri berhampiran
talian kuasa elektrik voltan tinggi. Ia mungkin
menyebabkan pincang tugas atau kerosakan
pada alat atau kartrij bateri.
19. Jauhkan bateri daripada kanak-kanak.
SIMPAN ARAHAN INI.
49 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents