Makita AS001G Instruction Manual page 65

Cordless dust blower
Hide thumbs Also See for AS001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
13. Jika alat tidak digunakan untuk tempoh masa
yang lama, bateri mesti dikeluarkan daripada
alat.
14. Semasa dan selepas penggunaan, kartrij bateri
mungkin ada haba yang boleh menyebabkan
terbakar atau suhu rendah terbakar. Beri
perhatian kepada pengendalian kartrij bateri
yang panas.
15. Jangan sentuh terminal alat itu selepas
digunakan kerana ia mungkin panas
menyebabkan terbakar.
16. Jangan biarkan cip, habuk, atau tanah
terperangkap ke dalam terminal, lubang,
dan alur cahaya kartrij bateri. Ia mungkin
menyebabkan pemanasan, terbakar, meletup dan
pincang tugas alat atau kartrij bateri, seterusnya
menyebabkan lecur atau kecederaan diri.
17. Melainkan alat ini menyokong penggunaan
yang hampir dari talian kuasa elektrik
voltan tinggi, jangan gunakan kartrij bateri
berhampiran talian kuasa elektrik voltan tinggi.
Ia mungkin menyebabkan kerosakan atau pecah
pada alat atau kartrij bateri.
18. Jauhkan bateri daripada kanak-kanak.
SIMPAN ARAHAN INI.
PERHATIAN:
Hanya gunakan bateri asli
Makita. Penggunaan bateri tidak asli Makita, atau
bateri yang telah diubah suai, mungkin menyebabkan
bateri meletup menyebabkan kebakaran, kecederaan
diri dan kerosakan. Ia juga membatalkan jaminan
Makita untuk alat Makita dan pengecas.
Tip untuk mengekalkan hayat
bateri maksimum
Cas kartrij bateri sebelum ternyahcas
1.
sepenuhnya. Sentiasa hentikan operasi alat
dan cas kartrij bateri apabila anda menyedari
kurang kuasa alat.
2.
Jangan cas semula kartrij bateri yang dicas
sepenuhnya. Terlebih cas memendekkan hayat
servis bateri.
Cas kartrij bateri dengan suhu bilik pada 10 °C -
3.
40 °C (50 °F - 104 °F). Biarkan kartrij bateri
yang panas menyejuk sebelum mengecasnya.
Apabila tidak menggunakan kartrij bateri,
4.
tanggalkannya dari alat atau pengecas.
Cas kartrij bateri jika anda tidak gunakannya
5.
untuk tempoh yang lama (lebih daripada enam
bulan).
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan yang alat
dimatikan dan kartrij bateri dikeluarkan sebelum
melakukan sebarang kerja pada alat.
Memasang muncung
Sejajarkan unjuran panduan pada muncung dengan
takuk pengunci pada lengan kunci alat, kemudian
tolak muncung dengan kukuh ke dalam lengan kunci
sehingga ia terkunci di tempatnya dengan bunyi klik.
Setelah muncung dipasang, cuba menariknya kembali
untuk memastikannya dipasang dengan kukuh di
tempatnya.
► Rajah1: 1. Unjuran panduan 2. Takuk pengunci
3. Lengan kunci
NOTIS:
Pastikan muncung telah dipasangkan
dengan betul pada alat supaya unjuran panduan
pada muncung muat dengan kemas dalam takuk
pengunci pada lengan kunci.
Menanggalkan muncung
Pegang hujung muncung dan putarkannya dalam
arah yang ditunjukkan oleh anak panah pada hujung
muncung untuk melepaskan kunci. Tarik muncung
daripada lengan kunci selepas ia tidak berkunci.
► Rajah2: 1. Hujung muncung 2. Lengan kunci
NOTIS:
Kotoran dan habuk yang terlekat
pada permukaan mungkin akan menyukarkan
penanggalan muncung daripada alat. Sekiranya
begitu, gelangsarkan dan tahan lengan kunci
ke arah perumah motor dahulu, dan kemudian
pusingkan hujung muncung untuk melepaskan
kunci.
PERHATIAN:
tangan anda antara hujung belakang lengan
kunci dan perumah motor ketika menanggalkan
muncung. Lengan kunci menggelangsar ke belakang
ke arah perumah motor apabila muncung dilepaskan
daripada kunci.
► Rajah3: 1. Lengan kunci 2. Perumah motor
Menanggalkan dan memasang
tukup habuk
1.
Putarkan tukup habuk pada salur masuk sedutan
di belakang perumah mengikut arah lawan jam untuk
mengeluarkan tukup habuk daripada perumah. Dua
tab kunci pada tukup habuk boleh dilepaskan dengan
menjajarkannya dengan alur panduan pada perumah.
► Rajah4: 1. Tukup habuk 2. Tab kunci 3. Salur
masuk sedutan 4. Alur panduan
2.
Pasang semula tukup habuk pada salur masuk
sedutan, menjajarkan dua tab kunci pada tukup habuk
dengan alur panduan pada perumah. Kemudian, putar
tukup habuk mengikut arah jam untuk mengukuhkan di
tempatnya.
► Rajah5: 1. Tukup habuk 2. Tab kunci 3. Salur
masuk sedutan 4. Alur panduan
65 BAHASA MELAYU
Berhati-hati agar tidak memicit

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents