Download Print this page

Makita TM3010C Instruction Manual page 24

Hide thumbs Also See for TM3010C:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
4.
Simpan alat kuasa yang tidak digunakan
jauh dari jangkauan kanak-kanak dan jangan
biarkan orang yang tidak biasa dengan alat
kuasa atau arahan ini untuk mengendalikan
alat kuasa. Alat kuasa adalah berbahaya di
tangan pengguna yang tidak terlatih.
Menyelenggara alat kuasa dan aksesori.
5.
Periksa salah jajaran atau ikatan pada
bahagian yang bergerak, bahagian yang
pecah dan apa-apa keadaan lain yang
boleh menjejaskan operasi alat kuasa. Jika
rosak, baiki alat kuasa sebelum digunakan.
Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh
alat kuasa yang tidak dijaga dengan baik.
6.
Pastikan alat pemotong tajam dan bersih.
Alat pemotong yang dijaga dengan betul dengan
hujung pemotong yang tajam mempunyai
kemungkinan yang rendah untuk terikat dan lebih
mudah dikendalikan.
Gunakan alat kuasa, aksesori dan alat bit
7.
dan sebagainya mengikut arahan ini dengan
mengambil kira keadaan kerja dan kerja yang
perlu dilakukan. Penggunaan alat kuasa untuk
operasi yang berbeza dari yang dimaksudkan
boleh menyebabkan keadaan berbahaya.
8.
Pastikan pemegang dan permukaan pegangan
kering, bersih dan bebas dari minyak dan gris.
Pemegang dan permukaan pegangan yang licin
tidak membolehkan pengendalian dan kawalan
selamat bagi alat dalam situasi yang tidak
dijangka.
Apabila menggunakan alat, jangan pakai
9.
sarung tangan kerja kain yang mungkin boleh
kusut. Kekusutan sarung tangan kerja kain pada
bahagian yang bergerak boleh menyebabkan
kecederaan diri.
Servis
1.
Pastikan alat kuasa anda diservis oleh
orang yang berkelayakan dengan hanya
menggunakan alat ganti yang sama. Ini akan
memastikan keselamatan alat kuasa dapat
dikekalkan.
2.
Ikut arahan untuk melincir dan menukar
aksesori.
Amaran keselamatan alat pelbagai
Alat kuasa ini bertujuan untuk berfungsi bagi
1.
penggergajian, pemotongan, pengisaran dan
pemasiran. Baca semua amaran keselamatan,
arahan, ilustrasi dan spesifikasi yang
disediakan dengan alat kuasa ini. Kegagalan
mengikuti semua arahan yang disenaraikan di
bawah boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebakaran dan/atau kecederaan serius.
2.
Pegang alat kuasa pada permukaan
mencengkam tertebat apabila melakukan
operasi yang aksesori pemotong mungkin
tersentuh wayar tersembunyi atau kordnya
sendiri. Aksesori pemotong yang bersentuh
dengan wayar "hidup" boleh menyebabkan
bahagian logam terdedah alat kuasa "hidup"
dan boleh memberi kejutan elektrik kepada
pengendali.
3.
Gunakan pengapit atau cara praktikal lain
untuk mengukuhkan dan menyokong bahan
kerja pada platform yang stabil. Memegang
kerja dengan tangan anda atau menyandar pada
badan menyebabkan ia tidak stabil dan boleh
menyebabkan hilang kawalan.
Jauhkan kord daripada aksesori yang
4.
berputar. Jika anda hilang kawalan, kord boleh
terpotong atau tersangkut dan tangan atau lengan
anda boleh tertarik ke dalam aksesori yang
berputar.
5.
Sentiasa gunakan kaca mata keselamatan atau
gogal. Cermin mata atau cermin mata gelap
biasa BUKAN cermin mata keselamatan.
6.
Elakkan memotong paku. Periksa bahan kerja
untuk mana-mana paku dan keluarkannya
sebelum operasi.
7.
Pegang alat dengan kukuh.
8.
Pastikan alat aplikasi tidak menyentuh bahan
kerja sebelum suis dihidupkan.
9.
Jauhkan tangan dari bahagian bergerak.
10. Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
Sentiasa matikan dan tunggu sehingga bilah
11.
berhenti sepenuhnya sebelum mengeluarkan
bilah daripada bahan kerja.
12. Jangan sentuh alat aplikasi atau bahan
kerja dengan serta-merta selepas operasi; ia
mungkin sangat panas dan boleh melecurkan
kulit anda.
13. Jangan kendalikan alat tanpa beban tanpa
keperluan.
14. Sentiasa gunakan topeng habuk/alat
pernafasan yang betul untuk bahan dan
aplikasi yang anda sedang kerjakan.
15. Sesetengah bahan mengandungi bahan kimia
yang mungkin toksik. Sila berhati-hati untuk
mencegah penyedutan habuk dan sentuhan
kulit. Ikut data keselamatan pembekal bahan.
16. Alat ini tidak kalis air, jadi jangan gunakan air
pada permukaan bahan kerja.
17. Udarakan kawasan kerja anda secukupnya
semasa anda menjalankan operasi pemasiran.
18. Penggunaan alat ini untuk memasir
sesetengah produk cth. permukaan cat
berplumbum, kayu dan logam yang boleh
mendedahkan pengguna kepada habuk yang
mengandungi bahan berbahaya. Gunakan
pelindung pernafasan yang betul.
19. Pastikan bahawa tidak terdapat retakan atau
pecah pada pad sebelum digunakan. Retakan
atau pecah boleh menyebabkan kecederaan
peribadi.
20. Jangan gunakan aksesori yang tidak direka
secara khusus dan disyorkan oleh pengilang
alat. Hanya kerana aksesori boleh dipasang
pada alat kuasa anda, itu tidak menjamin
operasi yang selamat.
24 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading