Download Print this page

Makita HM1111C Instruction Manual page 20

Hide thumbs Also See for HM1111C:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Lampu penunjuk
► Rajah3: 1. Lampu penunjuk kuasa-ON (hijau)
2. Lampu penunjuk servis (merah)
Lampu penunjuk kuasa-ON hijau menyala apabila alat
dipasang. Jika lampu penunjuk tidak menyala, kord
utama atau pengawal mungkin pincang tugas. Lampu
penunjuk menyala tetapi alat tidak bermula walaupun
alat dihidupkan, berus karbon mungkin telah haus, atau
pengawal, motor atau suis ON/OFF mungkin pincang
tugas.
Lampu penunjuk servis merah berkerlip apabila berus
karbon hampir haus untuk menunjukkan bahawa alat
itu memerlukan servis. Selepas lebih kurang 8 jam
penggunaan, motor akan mati secara automatik.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Pemegang sisi (pemegang
tambahan)
Untuk alat dengan pemegang sisi
berbentuk D
► Rajah4: 1. Pemegang sisi berbentuk D 2. Nat
pengapit
Pemegang sisi boleh mengayun 360° pada kedudukan
menegak dan dipasang pada sebarang kedudukan
yang dikehendaki. Ia juga dipasang pada lapan
posisi yang berbeza ke depan dan ke belakang pada
kedudukan mendatar. Hanya longgarkan nat pengapit
untuk mengayunkan pemegang sisi ke kedudukan yang
dikehendaki. Kemudian ketatkan nat pengapit dengan
kukuh.
Untuk alat dengan pemegang sisi
jenis batang
► Rajah5: 1. Genggaman sisi (pemegang tambahan)
Genggaman sisi berayun ke salah satu sisi,
membolehkan pengendalian yang mudah bagi alat
pada sebarang kedudukan. Longgarkan genggaman
sisi dengan memutarkannya pada arah lawan jam,
ayunkannya kepada kedudukan yang dikehendaki dan
kemudian ketatkan mengikut arah jam.
Memasang atau menanggalkan bit
► Rajah6: 1. Bilah bit 2. Gris bit
Bersihkan batang bit dan sapukan gris bit sebelum
memasang bit.
Masukkan bit ke alat tersebut. Putar dan tolak bit ke
dalam sehingga ia terpasang.
► Rajah7: 1. Penutup pelepasan
Jika bit tidak boleh ditolak masuk, keluarkan bit. Tarik
penutup pelepasan ke bawah beberapa kali. Kemudian
masukkan bit semula. Putar dan tolak bit ke dalam
sehingga ia terpasang.
► Rajah8
Selepas memasang, sentiasa pastikan bit dipasang
kemas dengan cuba menariknya keluar.
► Rajah9: 1. Penutup pelepasan
Untuk menanggalkan bit, tarik penutup pelepasan ke
bawah sepenuhnya dan tarik bit keluar.
Sudut bit
► Rajah10: 1. Gelang penukar
► Rajah11
Bit boleh dipasang pada 12 sudut yang berbeza.
Untuk menukar sudut bit, tolak gelang penukar ke
depan dan kemudian pusingkan gelang penukar untuk
menukar sudut bit. Pada sudut yang dikehendaki, tolak
semula gelang penukar ke kedudukan asal. Bit akan
dikukuhkan.
OPERASI
Menyerpih/Menskala/Meroboh
► Rajah12
► Rajah13
Sentiasa gunakan pemegang sisi berbentuk D atau
genggaman sisi (pemegang tambahan) dan pegang
alat dengan kukuh pada kedua-dua pemegang sisi
berbentuk D atau genggaman sisi dan pemegang suis
semasa operasi. Hidupkan alat dan beri sedikit tekanan
pada alat supaya alat tidak akan melantun dan tidak
terkawal. Menekan alat dengan sangat kuat tidak akan
menambah kecekapan.
20 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hm1101c