Makita 2416S Instruction Manual page 22

Portable cut-off
Hide thumbs Also See for 2416S:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
11.
Sebelum menggunakan alat pada bahan kerja
sebenar, biarkan ia beroperasi untuk beberapa
minit dahulu. Perhatikan goyangan atau
getaran berlebihan yang mungkin disebabkan
oleh pemasangan yang tidak betul atau roda
yang tidak seimbang.
12. Berjaga-jaga dengan percikan api
berterbangan semasa mengendalikan. Ia boleh
menyebabkan kecederaan atau menyalakan
bahan mudah terbakar.
13. Keluarkan bahan atau serpihan dari kawasan
tersebut yang boleh dinyalakan oleh percikan
api. Pastikan bahagian lain tidak berada pada
laluan percikan api. Pastikan pemadam api
yang elok dan penuh tersedia berdekatan.
14. Gunakan sisi pemotongan roda sahaja. Jangan
sekali-kali gunakan permukaan sisi.
15. Jika roda berhenti semasa operasi,
mengeluarkan bunyi pelik atau mula bergetar,
matikan alat dengan serta-merta.
16. Sentiasa matikan dan tunggu roda berhenti
sepenuhnya sebelum mengeluarkan,
mengukuhkan bahan kerja, mengerjakan
ragum, menukar posisi kerja, sudut atau roda
itu sendiri.
17. Jangan sentuh bahan kerja dengan serta-
merta selepas operasi; ia sangat panas dan
boleh melecurkan kulit anda.
18. Simpan roda di lokasi yang kering sahaja.
SIMPAN ARAHAN INI.
PEMASANGAN
Mengukuhkan gergaji pemotongan
Gergaji pemotongan boleh diboltkan (2 bolt) pada
meja atau lantai menggunakan lubang bolt pada tapak.
Jangan kukuhkan bolt terlalu ketat.
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menyelaras atau menyemak
fungsi pada alat.
Tindakan suis
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa periksa
untuk melihat pemicu suis bergerak dengan
betul dan kembali ke posisi "OFF" apabila
dilepaskan.
► Rajah1: 1. Pemicu suis 2. Butang buka kunci
Butang buka kunci dan pemicu dalam pemegang
mesti ditekan untuk mengaktifkan alat. Anda boleh
menghentikan motor dengan melepaskan pemicu.
PERHATIAN:
Pastikan suis berfungsi dengan betul. Ia harus
menghidupkan alat dan kembali ke posisi "off"
selepas dilepaskan.
Apabila tidak menggunakan alat, keluarkan
butang buka kunci. Ini mengelakkan operasi
yang tidak dibenarkan.
Meletakkan pelongsor cucuh
► Rajah2: 1. Pelongsor cucuh 2. Atas tapak 3. Titik A
Untuk mengelakkan percikan api berterbangan, naikkan
pelongsor cucuh sedikit supaya titik A akan berada di
bawah atas tapak yang ditunjukkan.
PERHATIAN:
Pastikan pelongsor cucuh diselaraskan seperti
dinyatakan di atas sebelum operasi. Kegagalan
berbuat demikian akan menyebabkan
lebih banyak percikan api berterbangan
mengakibatkan kemungkinan lebih besar bagi
kecederaan atau penyalaan bahan mudah
terbakar yang berdekatan.
Melaraskan plat penyumbat
Plat penyumbat mengelakkan roda daripada
menyentuh permukaan lantai meja.
1.
Apabila roda baharu dipasang, tetapkan plat
penyumbat seperti yang ditunjukkan dalam rajah
dan ketatkan bolt ibu jari.
► Rajah3: 1. Bolt ibu jari 2. Plat penyumbat
2.
Apabila roda haus sehingga kurang daripada
diameter 355mm (14"), tetapkan plat penyumbat
seperti yang ditunjukkan dalam rajah dan ketatkan
bolt ibu jari.
► Rajah4
3.
Apabila roda haus sehingga kurang daripada
diameter 305mm (12"), tetapkan plat penyumbat
seperti yang ditunjukkan dalam rajah dan ketatkan
bolt ibu jari.
► Rajah5
22 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents