Makita UN460WD Instruction Manual page 43

Cordless pole hedge trimmer
Hide thumbs Also See for UN460WD:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
4.
Apabila menyentuh bilah atau melaraskan
sudut bilah, pakai sarung tangan
perlindungan. Bilah boleh memotong tangan
tanpa pelindung dengan teruk.
Operasi
1.
Sentiasa gunakan dua tangan untuk
mengendalikan alat. Menggunakan satu
tangan boleh menyebabkan hilang kawalan dan
mengakibatkan kecederaan diri yang serius.
Semasa mengendalikan alat, sentiasa pastikan
2.
kedudukan operasi adalah selamat dan
kukuh. Mencapai secara berlebihan dengan
alat, terutamanya dari tangga adalah sangat
berbahaya. Jangan kendalikannya dari tempat
yang bergoyang-goyang atau tidak kukuh.
3.
Jangan pakai abah-abah tali pinggang dan/
atau abah-abah bahu secara serentak semasa
mengendalikan alat.
4.
Semasa operasi, pastikan pemerhati atau
haiwan sekurang-kurangnya 15 m jauh dari
alat tersebut. Hentikan alat itu sebaik sahaja
seseorang mendekati.
5.
Jika alat pemotong terkena mana-mana objek
atau alat mula mengeluarkan bunyi atau
getaran yang luar biasa, matikan alat dan
keluarkan kartrij bateri dengan segera dan
biarkan alat berhenti. Dan kemudian ambil
langkah berikut:
periksa kerosakan
periksa dan ketatkan mana-mana
bahagian yang longgar
ganti atau baiki mana-mana bahagian
yang rosak dengan alat ganti asli.
Hanya gunakan alat untuk tujuan yang
6.
dimaksudkan. Jangan gunakan alat untuk
mana-mana tujuan lain.
Matikan alat dan keluarkan kartrij bateri
7.
sebelum:
membersih atau apabila mengeluarkan
sumbatan,
memeriksa, menjalankan
penyelenggaraan atau menggunakan alat,
melaraskan kedudukan kerja bilah ricih,
meninggalkan alat tanpa pengawasan.
8.
Pastikan alat diletakkan dengan betul di
kedudukan kerja yang ditentukan sebelum
memulakan alat.
9.
Jangan kendalikan alat dengan bilah ricih yang
rosak atau terlebih haus.
10. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda
dan berhati-hati dengan kemungkinan bahaya
yang mungkin anda tidak ambil perhatian
disebabkan bunyi alat.
11.
Berhati-hati agar tidak menyentuh pagar besi
atau objek keras yang lain tanpa sengaja
semasa operasi. Bilah akan pecah dan boleh
menyebabkan kecederaan yang serius.
12. Elakkan permulaan yang tidak disengajakan.
Jangan bawa alat apabila kartrij bateri
dipasang dan dengan jari berada pada suis.
Pastikan alat dimatikan semasa memasang
kartrij bateri.
13. Jangan genggam bilah pemotong yang
terdedah atau tepi pemotongan semasa
mengutip atau memegang alat.
14. Jangan paksa alat. Ia akan berfungsi dengan
lebih baik dan risiko kecederaan akan kurang
berlaku pada kadar ia direka bentuk.
15. Jangan gunakan alat dalam hujan atau dalam
keadaan basah atau sangat lembap. Motor
elektrik tidak kalis air.
16. Pegang alat dengan kukuh apabila
menggunakan alat.
17. Jangan kendalikan alat tanpa beban tanpa
keperluan.
18. Sebelum memeriksa bilah ricih, uruskan
kerosakan atau keluarkan objek asing yang
tersekat pada bilah ricih, sentiasa matikan alat
dan keluarkan kartrij bateri.
19. Jangan sekali-kali halakan bilah ricih pada diri
anda atau orang lain.
20. Jika bilah berhenti bergerak akibat objek
asing yang tersangkut di antara bilah
semasa operasi, matikan alat dan keluarkan
kartrij bateri, dan kemudian keluarkan objek
asing menggunakan alat seperti playar.
Mengeluarkan objek asing menggunakan tangan
boleh menyebabkan kecederaan oleh sebab
bilah mungkin bergerak sebagai tindak balas
mengeluarkan objek asing.
Keselamatan elektrik dan bateri
1.
Elakkan persekitaran yang bahaya. Jangan
gunakan alat dalam lokasi sampah atau basah
atau mendedahkannya kepada hujan. Air yang
memasuki alat akan meningkatkan risiko kejutan
elektrik.
Jangan hapuskan bateri dengan
2.
membakarnya. Sel mungkin meletup. Periksa
dengan kod tempatan untuk kemungkinan arahan
pelupusan khas.
3.
Jangan buka atau merosakkan bateri. Elektrolit
yang dibebaskan adalah menghakis dan boleh
menyebabkan kerosakan kepada mata atau kulit.
Ia mungkin toksik jika tertelan.
4.
Jangan cas bateri dalam hujan, atau di lokasi
yang basah.
5.
Jangan cas bateri di luar.
6.
Jangan kendalikan pengecas, termasuk palam
pengecas, dan terminal pengecas dengan
tangan yang basah.
Penyelenggaraan dan penyimpanan
Apabila alat dihentikan untuk penservisan,
1.
pemeriksaan atau penyimpanan, matikan
alat dan keluarkan kartrij bateri dan pastikan
semua bahagian yang bergerak telah berhenti.
Biarkan alat menyejuk sebelum membuat
pemeriksaan, pelarasan dan sebagainya.
2.
Sentiasa biarkan alat menyejuk sebelum
menyimpan.
Apabila tidak digunakan, pasangkan penutup
3.
bilah pada alat dan simpan alat di dalam
bangunan di tempat yang kering dan tinggi
serta terkunci, jauh daripada jangkauan
kanak-kanak.
43 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents