Download Print this page

Makita 9031 Instruction Manual page 18

Hide thumbs Also See for 9031:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
5.
Semasa mengendalikan alat kuasa di luar,
gunakan kord sambungan yang bersesuaian
untuk kegunaan luar. Penggunaan kord yang
sesuai untuk kegunaan luar mengurangkan risiko
kejutan elektrik.
Sekiranya pengendalian alat kuasa di lokasi
6.
lembap tidak dapat dielakkan, gunakan
bekalan peranti arus sisa (RCD) yang
dilindungi. Penggunaan RCD mengurangkan
risiko kejutan elektrik.
7.
Penggunaan bekalan kuasa melalui RCD
dengan arus sisa yang bernilai 30 mA atau
kurang sentiasa disyorkan.
Alat kuasa boleh menghasilkan medan
8.
elektromagnetik (EMF) yang tidak berbahaya
kepada pengguna. Walau bagaimanapun,
pengguna perentak jantung atau peranti
perubatan yang serupa harus menghubungi
pembuat peranti mereka dan/atau doktor untuk
nasihat sebelum mengendalikan alat kuasa ini.
9.
Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan
yang basah.
10. Jika kord rosak, minta ia diganti oleh
pengilang atau ejennya bagi menggelakkan
bahaya keselamatan.
Keselamatan diri
1.
Sentiasa berwaspada, perhatikan apa yang
anda lakukan dan guna akal budi semasa
mengendalikan alat kuasa. Jangan gunakan
alat kuasa semasa anda letih atau di bawah
pengaruh dadah, alkohol atau ubat. Kelekaan
seketika semasa mengendalikan alat kuasa boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
2.
Gunakan peralatan pelindung diri. Sentiasa
pakai pelindung mata. Peralatan pelindung
seperti topeng debu, kasut keselamatan tak
mudah tergelincir, topi keselamatan atau
pelindung pendengaran yang digunakan untuk
keadaan yang sesuai akan mengurangkan
kecederaan diri.
3.
Elakkan permulaan yang tidak disengajakan.
Pastikan suis ditutup sebelum menyambung
kepada sumber kuasa dan/atau pek bateri,
semasa mengangkat atau membawa alat.
Membawa alat kuasa dengan jari anda pada suis
atau mentenagakan alat kuasa dengan suis pada
kedudukan hidup mengundang kemalangan.
4.
Alihkan sebarang kunci atau sepana pelaras
sebelum menghidupkan alat kuasa. Sepana
atau kunci yang ditinggalkan pada bahagian
berputar alat kuasa boleh menyebabkan
kecederaan diri.
5.
Jangan lampau jangkau. Jaga pijakan dan
keseimbangan yang betul pada setiap masa.
Ini membolehkan kawalan alat kuasa yang lebih
baik dalam situasi yang tidak dijangka.
6.
Berpakaian dengan betul. Jangan pakai
pakaian yang longgar atau barang kemas.
Jauhkan rambut dan pakaian anda dari
bahagian yang bergerak. Pakaian longgar,
barang kemas atau rambut yang panjang boleh
terperangkap dalam bahagian yang bergerak.
7.
Jika peranti disediakan untuk sambungan
kemudahan pengekstrakan dan pengumpulan
habuk, pastikan ia disambung dan digunakan
dengan betul. Penggunaan pengumpulan habuk
boleh mengurangkan bahaya berkaitan habuk.
8.
Jangan biarkan kebiasaan daripada kekerapan
penggunaan alat membuatkan anda berpuas
hati dan mengabaikan prinsip keselamatan
alat. Kecuaian boleh menyebabkan kecederaan
serius dalam sekelip mata.
Sentiasa pakai kaca mata pelindung untuk
9.
melindungi mata anda daripada kecederaan
apabila menggunakan alat kuasa. Kaca mata
mestilah mematuhi ANSI Z87.1 di AS, EN 166
di Eropah, atau AS/NZS 1336 di Australia/
New Zealand. Di Australia/New Zealand,
undang-undang mengarahkan untuk memakai
pelindung muka bagi melindungi muka anda,
juga.
Menjadi tanggungjawab majikan untuk
menguatkuasa penggunaan peralatan
perlindungan keselamatan yang bersesuaian
oleh pengendali alat dan oleh orang lain dalam
kawasan bekerja semasa.
Penggunaan dan penjagaan alat kuasa
Jangan gunakan alat kuasa dengan kasar.
1.
Gunakan alat kuasa yang betul untuk
penggunaan anda. Alat kuasa yang betul akan
melakukan tugas dengan lebih baik dan lebih
selamat pada kadar mana ia direka cipta.
2.
Jangan gunakan alat kuasa jika suis
tidak berfungsi untuk menghidupkan dan
mematikannya. Alat kuasa yang tidak dapat
dikawal dengan suis adalah berbahaya dan mesti
dibaiki.
3.
Cabut palam dari sumber kuasa dan/atau
keluarkan pek bateri, jika boleh ditanggalkan,
dari alat kuasa sebelum membuat sebarang
pelarasan, menukar aksesori, atau menyimpan
alat kuasa. Langkah-langkah keselamatan
pencegahan sedemikian mengurangkan risiko
memulakan alat kuasa secara tidak sengaja.
4.
Simpan alat kuasa yang tidak digunakan
jauh dari jangkauan kanak-kanak dan jangan
biarkan orang yang tidak biasa dengan alat
kuasa atau arahan ini untuk mengendalikan
alat kuasa. Alat kuasa adalah berbahaya di
tangan pengguna yang tidak terlatih.
18 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading