Download Print this page

Makita 9031 Instruction Manual page 17

Hide thumbs Also See for 9031:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BAHASA MELAYU (Arahan asal)
SPESIFIKASI
Saiz tali sawat
Kelajuan tali sawat
Panjang keseluruhan
Kelas keselamatan
Disebabkan program penyelidikan dan pembangunan kami yang berterusan, spesifikasi yang terkandung di
dalam ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Spesifikasi mungkin berbeza mengikut negara.
Berat mengikut Prosedur EPTA 01/2014
Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang digunakan
untuk alat ini. Pastikan anda memahami maksudnya
sebelum menggunakan.
Baca manual arahan.
PENEBATAN BERGANDA
Hanya untuk negara-negara Kesatuan
Eropah
Jangan buang peralatan elektrik bersama
bahan buangan isi rumah!
Dalam mematuhi Arahan Eropah mengenai
Sisa Peralatan Elektrik dan Elektronik serta
pelaksanaannya mengikut undang-undang
negara, peralatan elektrik yang telah
mencapai akhir hayatnya mesti dikumpul
secara berasingan dan dikembalikan ke
kemudahan kitar semula yang bersesuaian
dengan alam sekitar.
Tujuan penggunaan
Alat ini bertujuan untuk menggilap permukaan luas
bahan kayu, plastik dan logam dan juga permukaan
bercat.
Bekalan kuasa
Alat ini perlu disambungkan hanya kepada bekalan
kuasa dengan voltan yang sama seperti yang
ditunjukkan pada papan nama, dan hanya boleh
dikendalikan pada bekalan AC fasa tunggal. Ia
mempunyai penebatan berganda dan oleh itu, ia juga
boleh digunakan dari soket tanpa wayar bumi.
Amaran keselamatan umum alat
kuasa
AMARAN:
Baca semua amaran keselamatan,
arahan, ilustrasi dan spesifikasi yang disediakan
dengan alat kuasa ini. Kegagalan mengikuti
semua arahan yang disenaraikan di bawah boleh
menyebabkan kejutan elektrik, kebakaran dan/atau
kecederaan serius.
Model
Berat bersih
3.3 - 16.6 m/s (200 - 1,000 m/min)
Simpan semua amaran dan
arahan untuk rujukan masa
depan.
Istilah "alat kuasa" dalam amaran merujuk kepada alat
kuasa yang menggunakan tenaga elektrik (dengan
kord) atau alat kuasa yang menggunakan bateri (tanpa
kord).
Keselamatan kawasan kerja
1.
Pastikan kawasan kerja bersih dan diterangi
dengan baik. Kawasan berselerak atau gelap
mengundang kemalangan.
2.
Jangan kendalikan alat kuasa dalam keadaan
yang mudah meletup, seperti dalam kehadiran
cecair, gas atau habuk yang mudah terbakar.
Alat kuasa menghasilkan percikan api yang boleh
menyalakan debu atau wasap.
3.
Jauhkan kanak-kanak dan orang ramai semasa
mengendalikan alat kuasa. Gangguan boleh
menyebabkan anda hilang kawalan.
Keselamatan elektrik
1.
Palam alat kuasa mesti sepadan dengan
soket. Jangan ubah suai palam dalam apa cara
sekalipun. Jangan gunakan sebarang palam
penyesuai dengan alat kuasa terbumi. Palam
yang tidak diubah suai dan soket yang sepadan
akan mengurangkan risiko kejutan elektrik.
Elakkan sentuhan badan dengan permukaan
2.
terbumi, seperti paip, radiator, dapur dan peti
sejuk. Terdapat peningkatan risiko kejutan elektrik
jika elektrik terbumi terkena badan anda.
3.
Jangan biarkan alat kuasa terkena hujan
atau basah. Air yang memasuki alat kuasa akan
meningkatkan risiko kejutan elektrik.
Jangan salah gunakan kord. Jangan gunakan
4.
kord untuk membawa, menarik atau mencabut
palam alat kuasa. Jauhkan kord dari haba,
minyak, bucu tajam atau bahagian yang
bergerak. Kord yang rosak atau tersimpul
meningkatkan risiko kejutan elektrik.
17 BAHASA MELAYU
9031
30 mm x 533 mm
380 mm
2.1 kg
/II

Advertisement

loading