Download Print this page

Makita JS1000 Instruction Manual page 19

Metal shear/ straight metal shear
Hide thumbs Also See for JS1000:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Melaraskan kelegaan bilah
Untuk JS1601 Sahaja
Laraskan kelegaan antara bilah tepi dan bilah tengah
mengikut ketebalan bahan kerja.
► Rajah2: 1. Kunci allen 2. Skru
Pertama gunakan kunci allen untuk melonggarkan skru.
► Rajah3: 1. Tolok ketebalan 2. Bilah tengah 3. Bilah
tepi 4. Bolt kepala soket heksagon 5. Kunci
allen
Kemudian gunakan kunci allen untuk melaraskan
kelegaan dengan mengetatkan atau melonggarkan bolt.
Mungkin terdapat sedikit perbezaan antara kelegaan
kedua-dua sisi bilah tengah.
Periksa kelegaan yang lebih kecil dengan tolok
ketebalan dan laraskannya.
Apabila menggunakan tolok ketebalan untuk
melaraskan kelegaan bilah, rujuk jadual.
Ketebalan bahan kerja (mm)
Kurang dari 0.8
0.8 - 1.3
Lebih dari 1.3
Selepas melaraskan kelegaan, ketatkan skru dengan
kukuh.
Menyimpan kunci allen
► Rajah4: 1. Kunci allen
Simpan kunci allen seperti yang ditunjukkan dalam
rajah apabila tidak digunakan.
OPERASI
Pelinciran
► Rajah5: 1. Pin
Sebelum beroperasi, sapukan pelincir pada titik
sentuhan bilah tengah dan pin. Untuk memastikan
prestasi pemotongan yang baik, gunakan juga pelincir
pemotong dari semasa ke semasa ketika operasi.
OPERASI
► Rajah6
Sentiasa pegang alat dengan kukuh dengan satu
tangan pada perumah. Jangan sentuh bahagian logam.
Hidupkan alat dan tetapkan hujung depan bilah tepi
pada bahan kerja. Sekarang hanya gerakkan alat
ke hadapan, pastikan bilah tepi sedatar dengan
permukaan bahan kerja.
► Rajah7
Tanda pada tolok ketebalan
0.5
1.0
1.5
NOTA:
Apabila memotong sebahagian kecil bahan
kerja, anda mungkin menghadapi kesukaran
untuk menyelesaikan bahagian hujung
potongan. Dalam keadaan ini, cuba potongnya
semula, tarik bahan kerja ke belakang sedikit.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan
palamnya dicabut sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, sebarang
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
Aksesori-aksesori atau lampiran-lampiran ini
adalah disyorkan untuk digunakan dengan
alat Makita anda yang ditentukan dalam
manual ini. Penggunaan mana-mana aksesori-
aksesori atau lampiran-lampiran lain mungkin
mengakibatkan risiko kecederaan kepada
orang. Hanya gunakan aksesori atau lampiran
untuk tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan bantuan untuk butiran lanjut
berkenaan aksesori-aksesori ini, tanya Pusat Servis
Makita tempatan anda.
Bilah tengah
Bilah tepi KN
Bilah tepi KI
Kunci allen
Tolok ketebalan
NOTA: Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut negara.
19 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Js1601