Download Print this page

Makita RP0900 Instruction Manual page 28

Router
Hide thumbs Also See for RP0900:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bongkah penahan
► Rajah4: 1. Penunjuk kedalaman 2. Skru
3. Pancang penahan 4. Bolt heksagon
pelaras 5. Bongkah penahan
Bongkah penahan mempunyai tiga bolt heksagon
pelaras yang dinaikkan atau direndahkan 0.8 mm setiap
pusingan. anda boleh mendapatkan tiga kedalaman
potongan yang berbeza dengan mudah menggunakan
bolt heksagon pelaras ini tanpa melaraskan semula
pancang penahan.
Laraskan bolt heksagon terendah untuk mendapatkan
kedalaman potongan terdalam, berikutan kaedah
"Melaraskan kedalaman potongan". Laraskan dua bolt
heksagon yang tinggal untuk mendapatkan kedalaman
potongan yang lebih cetek. Perbezaan ketinggian bolt
heksagon ini sama dengan perbezaan kedalaman
potongan.
Untuk melaraskan bolt heksagon, pusingkan bolt
heksagon. Bongkah penahan juga memudahkan untuk
membuat tiga potongan dengan tetapan bit semakin
dalam secara berperingkat semasa memotong alur
dalam.
PERHATIAN:
Apabila menggunakan bit yang
mempunyai panjang keseluruhan 60 mm atau lebih,
atau panjang pinggir 35 mm atau lebih, kedalaman
potongan tidak boleh dilaraskan seperti yang
dinyatakan sebelum ini. Untuk melaraskan, teruskan
seperti berikut:
Longgarkan tuil penguncian dan dengan berhati-
hati laraskan tonjolan bit kepada kedalaman yang
dikehendaki dengan menggerakkan badan alat ke
atas atau ke bawah. Kemudian ketatkan semula
tuil penguncian untuk mengunci badan alat pada
kedalaman potongan tersebut. Kekalkan badan alat
terkunci di kedudukan ini semasa penggunaan. Oleh
kerana bit sentiasa tertonjol dari tapak alat, berhati-
hati semasa mengendalikan alat.
Melaraskan tuil penguncian
► Rajah5: 1. Tuil penguncian 2. Skru
Kedudukan terkunci tuil penguncian adalah boleh
laras. Untuk melaraskannya, tanggalkan skru yang
mengukuhkan tuil penguncian. Tuil penguncian akan
tertanggal. Tetapkan tuil penguncian pada sudut
yang dikehendaki. Selepas pelarasan, ketatkan tuil
penguncian mengikut arah lawan jam.
Tindakan suis
► Rajah6: 1. Pemicu suis
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa periksa
untuk melihat pemicu suis bergerak dengan
betul dan kembali ke posisi "OFF" apabila
dilepaskan.
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Memasang atau menanggalkan bit
► Rajah7
PERHATIAN:
Pasang bit dengan kukuh. Sentiasa hanya
gunakan perengkuh yang disediakan bersama
alat. Bit yang longgar atau ketat yang
melampaui boleh membahayakan.
Jangan ketatkan nat sesimpai tanpa
memasukkan bit. Ia boleh menyebabkan
pemecahan kon sesimpai.
Masukkan bit sepenuhnya ke dalam kon sesimpai dan
ketatkan nat sesimpai dengan kemas dengan dua
perengkuh.
Gunakan kon sesimpai dengan saiz yang betul untuk bit
yang anda ingin gunakan.
Untuk menanggalkan bit, ikut prosedur pemasangan
secara terbalik.
OPERASI
Tetapkan tapak alat pada bahan kerja untuk dipotong
tanpa bit membuat sebarang sentuhan. Kemudian,
hidupkan alat dan tunggu sehingga bit mencapai
kelajuan sepenuhnya. Rendahkan badan alat dan
gerakkan alat ke hadapan di atas permukaan bahan
kerja, mengekalkan tapak alat sedatar dan bergerak
dengan lancar sehingga pemotongan selesai.
Apabila melakukan pemotongan bucu, permukaan
bahan kerja hendaklah berada pada belah kiri bit dalam
arah suapan.
► Rajah8: 1. Bahan kerja 2. Arah pusingan bit
3. Pandangan dari bahagian atas alat
4. Arah suapan
28 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading