Makita UB100D Instruction Manual page 38

Cordless blower
Hide thumbs Also See for UB100D:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
13. Pengendalian mesin hanya pada waktu yang
munasabah adalah disyorkan - tidak pada awal
pagi atau larut malam apabila orang mungkin
terganggu.
14. Menggunakan pencakar dan penyapu untuk
menggemburkan puing sebelum dihembus
adalah disyorkan.
15. Jika mesin terkena mana-mana objek asing
atau mula mengeluarkan bunyi atau getaran
yang luar biasa, segera matikan mesin
untuk menghentikannya. Tanggalkan kartrij
bateri dari mesin dan periksa mesin untuk
kerosakan sebelum memulakan semula dan
mengendalikan mesin. Jika mesin rosak,
tanyakan Pusat Servis Makita yang diiktiraf
untuk pembaikan.
16. Jangan masukkan jari atau benda lain ke
dalam salur masuk sedutan atau salur keluar
penghembus.
17. Elakkan permulaan yang tidak disengajakan.
Pastikan suis pada kedudukan tertutup
sebelum memasukkan kartrij bateri,
mengangkat atau membawa alat. Membawa
mesin dengan jari anda pada suis atau
mentenagakan mesin dengan suis pada
kedudukan hidup mengundang kemalangan.
18. Jangan sekali-kali menghembus atau
memvakum bahan berbahaya, seperti paku,
serpihan kaca, atau bilah.
19. Jangan kendalikan mesin berhampiran bahan
mudah terbakar.
20. Elakkan pengendalian mesin untuk masa yang
lama dalam persekitaran suhu rendah.
Penyelenggaraan dan penyimpanan
1.
Pastikan semua nat, bolt dan skru ketat untuk
memastikan mesin dalam keadaan kerja yang
selamat.
2.
Jika bahagian haus atau rosak, gantikannya
dengan alat ganti yang disediakan oleh Makita.
3.
Simpan mesin di tempat yang selamat jauh
daripada jangkauan kanak-kanak.
4.
Apabila anda menghentikan mesin untuk
pemeriksaan, servis, penyimpanan, atau
menukar aksesori, matikan mesin dan pastikan
semua bahagian yang bergerak berhenti
sepenuhnya, dan tanggalkan kartrij bateri.
Sejukkan mesin sebelum membuat apa-apa
kerja pada mesin. Selenggara mesin dengan
berhati-hati dan pastikan ia bersih.
Sentiasa sejukkan mesin sebelum menyimpan.
5.
6.
Jangan dedahkan mesin kepada hujan.
Simpan mesin di dalam bangunan.
7.
Apabila anda mengangkat mesin, pastikan
anda membengkokkan lutut anda dan berhati-
hati supaya tidak mencederakan belakang
anda.
Penggunaan dan penjagaan alat bateri
1.
Cas semula dengan pengecas yang ditentukan
oleh pengeluar sahaja. Pengecas yang sesuai
untuk satu jenis pek bateri mungkin menimbulkan
risiko kebakaran apabila digunakan dengan pek
bateri lain.
2.
Gunakan alat kuasa dengan pek bateri yang
ditentukan secara khusus sahaja. Penggunaan
mana-mana pek bateri lain mungkin menimbulkan
risiko kecederaan dan kebakaran.
3.
Apabila pek bateri tidak digunakan,
jauhkannya daripada objek logam lain, seperti
klip kertas, duit syiling, paku, skru atau
objek logam kecil lain, yang boleh membuat
sambungan dari satu terminal ke terminal yang
lain. Memintas terminal bateri bersama-sama
mungkin menyebabkan lecuran atau kebakaran.
4.
Di bawah keadaan kasar, cecair mungkin
dikeluarkan daripada bateri; elakkan sentuhan.
Jika tersentuh secara tidak sengaja, siram
dengan air. Jika cecair terkena mata, dapatkan
bantuan perubatan di samping siraman air.
Cecair yang dikeluarkan dari bateri mungkin
menyebabkan kegatalan atau lecuran.
5.
Jangan gunakan pek bateri atau alat yang
rosak atau diubah suai. Bateri yang rosak atau
diubah suai mungkin menunjukkan perilaku yang
tidak dijangka menyebabkan kebakaran, letupan
atau risiko kecederaan.
Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada
6.
api atau suhu yang berlebihan. Pendedahan
kepada api atau suhu melebihi 130 °C mungkin
menyebabkan letupan.
7.
Ikut semua arahan pengecasan dan jangan
cas pek bateri atau alat di luar julat suhu
yang ditetapkan dalam arahan. Mengecas
dengan tidak betul atau pada suhu di luar julat
yang dinyatakan mungkin merosakkan bateri dan
meningkatkan risiko kebakaran.
Keselamatan elektrik dan bateri
1.
Jangan hapuskan bateri dengan
membakarnya. Sel mungkin meletup. Periksa
dengan kod tempatan untuk kemungkinan arahan
pelupusan khas.
2.
Jangan buka atau merosakkan bateri. Elektrolit
yang dibebaskan adalah menghakis dan boleh
menyebabkan kerosakan kepada mata atau kulit.
Ia mungkin toksik jika tertelan.
Jangan cas bateri dalam hujan, atau di lokasi
3.
yang basah.
4.
Jangan cas bateri di luar.
5.
Jangan kendalikan pengecas, termasuk palam
pengecas, dan terminal pengecas dengan
tangan yang basah.
6.
Elakkan persekitaran yang bahaya. Jangan
gunakan alat dalam lokasi sampah atau basah
atau mendedahkannya kepada hujan. Air yang
memasuki alat akan meningkatkan risiko kejutan
elektrik.
Servis
1.
Pastikan alat kuasa anda diservis oleh
orang yang berkelayakan dengan hanya
menggunakan alat ganti yang sama. Ini akan
memastikan keselamatan alat kuasa dapat
dikekalkan.
Jangan servis pek bateri yang telah rosak.
2.
Servis pek bateri hanya boleh dilakukan oleh
pengeluar atau penyedia servis yang sah.
SIMPAN ARAHAN INI.
38 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Ub101d

Table of Contents