Makita LS1440 Instruction Manual page 44

Hide thumbs Also See for LS1440:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menyambungkan pembersih
hampagas
Apabila anda ingin melakukan operasi pemotong
bersih, sambungkan pembersih hampagas Makita.
► Rajah19
Beg habuk
► Rajah20: 1. Muncung habuk 2. Beg habuk
3. Pengikat
Penggunaan beg habuk menjadikan operasi
pemotongan bersih dan memudahkan pengumpulan
habuk. Untuk memasang beg habuk, padankan ia ke
dalam muncung habuk.
Apabila beg habuk lebih kurang setengah penuh,
keluarkan beg habuk daripada alat dan tarik kancingnya
keluar. Kosongkan kandungan beg habuk, ketuk
dengan ringan untuk mengeluarkan zarah yang melekat
pada bahagian dalam yang mungkin menghalang
pengumpulan selanjutnya.
Mengukuhkan bahan kerja
AMARAN:
Adalah sangat penting untuk sentiasa
mengukuhkan bahan kerja dengan betul dan
rapat dengan ragum. Kegagalan berbuat
demikian boleh menyebabkan alat itu rosak dan/
atau bahan kerja dimusnahkan. KECEDERAAN
DIRI JUGA MUNGKIN BERLAKU. Selain
itu, selepas operasi pemotongan, JANGAN
naikkan bilah sehinggalah bilah telah berhenti
sepenuhnya.
PERHATIAN:
Apabila memotong bahan kerja panjang,
gunakan sokongan yang setinggi paras
permukaan atas tapak putaran. Jangan
bergantung sepenuhnya kepada ragum
menegak dan/atau ragum mendatar untuk
mengukuhkan bahan kerja.
Bahan nipis cenderung untuk melendut. Sokong
bahan kerja pada panjang keseluruhannya
untuk mengelakkan jepitan bilah dan
kemungkinan TOLAK KELUAR.
► Rajah21: 1. Sokongan 2. Tapak putaran
Ragum mendatar (aksesori pilihan)
► Rajah22: 1. Unjuran 2. Tombol ragum
Ragum mendatar boleh dipasang sama ada di sebelah
kiri atau kanan tapak. Semasa melakukan pemotongan
miter 15° atau lebih besar, pasang ragum mendatar di
bahagian sisi yang bertentangan arah di mana tapak
putaran akan diputarkan. Dengan memutarkan tombol
ke arah ke arah lawan jam, skru dilepaskan dan aci
ragum boleh digerakkan masuk dan keluar dengan
pantas. Dengan memutarkan tombol ragum mengikut
arah jam, skru kekal kukuh. Untuk memegang bahan
kerja, putar tombol ragum mengikut arah jam dengan
perlahan-lahan sehingga unjuran mencapai kedudukan
teratasnya, kemudian pasang dengan selamat. Jika
tombol ragum dipaksa masuk atau dikeluarkan semasa
sedang berputar mengikut arah jam, unjuran boleh
berhenti di suatu sudut. Dalam keadaan ini, putar
tombol ragum kembali ke arah lawan jam sehingga
skru dilepaskan, sebelum memutar semula dengan
perlahan-perlahan mengikut arah jam.
PERHATIAN:
Genggam bahan kerja hanya apabila unjuran
berada di kedudukan teratas. Kegagalan untuk
berbuat demikian mungkin menyebabkan
pengukuhan bahan kerja yang tidak mencukupi.
Ini boleh menyebabkan bahan kerja melayang,
menyebabkan kerosakan kepada bilah atau
menyebabkan kehilangan kawalan, yang boleh
mengakibatkan KECEDERAAN DIRI.
Ragum menegak (aksesori pilihan)
► Rajah23: 1. Rod ragum 2. Skru 3. Pagar panduan
4. Tombol ragum 5. Lengan ragum
► Rajah24: 1. Rod ragum 2. Skru 3. Tombol ragum
4. Lengan ragum 5. Pagar panduan
Ragum menegak boleh dipasang sama ada di sebelah
kiri atau kanan tapak. Masukkan rod ragum ke dalam
lubang di pagar panduan dan ketatkan skru untuk
mengunci rod ragum.
Letakkan lengan ragum mengikut ketebalan dan bentuk
bahan kerja dan kukuhkan lengan ragum dengan
mengetatkan skru. Jika skru untuk mengukuhkan
lengan ragum menyentuh pagar panduan, pasangkan
skru di sisi berlawanan ragum. Pastikan tiada bahagian
alat yang menyentuh ragum apabila menurunkan
pemegang sepenuhnya. Jika beberapa bahagian
menyentuh ragum, letakkan semula ragum.
Tekan bahan kerja rata dengan pagar panduan dan
tapak putaran. Letakkan bahan kerja pada kedudukan
pemotongan yang dikehendaki dan kukuhkan ia dengan
mengetatkan tombol ragum.
PERHATIAN:
Bahan kerja mestilah dikukuhkan dengan
kemas pada tapak putaran dan pagar panduan
menggunakan ragum semasa semua operasi.
44 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents