Download Print this page

Bosch MS6 Series Instruction Manual page 14

Ergomixx and maxomixx fresh vacuum system
Hide thumbs Also See for MS6 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Pembersihan dan penjagaan
2. Pastikan pengedap penutup diletakkan
dengan betul. Letakkan penutup dan
tutup ketatkan dengan klip penutup.
Tetapkan tarikh dengan dua cincin
penanda tarikh di penutup.
3. Tekan unit asas dengan pam vakum
ke penutup bekas vakum dan ketatkan
kedudukannya.
4. Tekan butang turbo Â. Perkakas akan
hidup selagi butang ditekan.
5. Pam vakum akan menyedut udara keluar
dari bekas tersebut. Apabila penunjuk
melonjak ke dalam, keadaan vakum
telah tercapai.
6. Lepaskan butang.
7. Alihkan unit asas daripada bekas
tersebut. Cabut palam kuasa.
Catatan: Simpan bekas yang di vakum
dengan penutupnya menghadap ke atas.
Memvakum beg berzip
X Susunan rajah E
1. Masukkan bahan makanan ke dalam
beg.
Catatan: Jangan mengisi beg secara
berlebihan. Kawasan penutup vakum mesti
sentiasa bersih. Perhatian khas diperlukan
semasa memvakum makanan berair,
lembap atau yang diperap.
2. Letakkan beg di atas permukaan
yang rata. Udara keluarkan secara
perlahan-lahan dari beg dan tutup rapat
keseluruhan penutup zip.
Catatan: Semasa menyedut makanan
berair, lembap atau yang diperap,
biarkan beg vakum berzip tergantung
dari atas meja kerja. Penutup vakum
mesti berada di bahagian atas meja kerja.
X Susunan rajah F
Penting!
– Kandungan beg tidak boleh melebihi
garis penanda max.
– Kedua-dua elemen pengedap dan di
sekitar garis penanda max mestilah
bersih.
14
– Sekiranya penutup zip tidak bersih dan
ditutup sepenuhnya, keadaan vakum
tidak akan dapat dibuat.
3. Tekan unit asas dengan pam vakum
ke penutup bekas vakum dan tetapkan
kedudukannya.
4. Tekan butang turbo Â. Perkakas akan
hidup selagi butang ditekan.
5. Pam vakum akan menyedut udara keluar
dari bekas tersebut. Ini menyebabkan
beg menguncup dan meliputi
kandungannya.
6. Setelah beg mencapai vakum
secukupnya, lepaskan suis.
Catatan: Perhatikan sama ada cecair keluar
dan ketika menghampiri garis tanda max.
Lepaskan suis sebelum cecair melepasi
garis penanda max.
7. Alihkan unit asas daripada bekas
tersebut. Cabut palam kuasa.
Membuka bekas simpanan atau
beg berzip
X Rajah G
■ Untuk membuka bekas simpanan,
pegang penutup vakum pada salah
satu hujung dan tarik ke atas. Penutup
hanya akan terbuka apabila udara telah
memenuhi dalaman bekas dengan
mencukupi.
■ Buka klip penutup dan alihkan penutup
bekas.
X Rajah H
■ Untuk membuka beg, tarik zip untuk
membuka beg tersebut sepenuhnya.
■ Selepas digunakan, beg vakum berzip
mesti dibersihkan dengan teliti dan
dikeringkan sepenuhnya.
Pembersihan dan
penjagaan
Alatan perkakas dan segala bahagian yang
telah digunakan mesti dibasuh dengan teliti
selepas setiap penggunaan.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Ms8 seriesMsm6 seriesMsm8 seriesMszv6fs1Mszv8fs1