Huawei DDB-KB00 Quick Start Manual page 59

Table of Contents

Advertisement

Penggunaan penyesuai kuasa, pengecas, atau bateri yang tidak diluluskan atau tidak serasi
mungkin merosakkan peranti anda, memendekkan jangka hayatnya, atau mengakibatkan
kebakaran, letupan, atau kemalangan lain.
Jangan cuba menggantikan bateri sendiri — anda mungkin merosakkan bateri tersebut, yang
boleh menyebabkan kepanasan terlampau, kebakaran dan kecederaan. Bateri terbina dalam
peranti anda perlu diservis oleh Huawei atau pembekal perkhidmatan yang berdaftar.
Buang peranti, bateri, dan aksesori ini dengan mengikut peraturan tempatan. Alat-alat tersebut
tidak sepatutnya dibuang seperti sampah rumah tangga biasa. Penggunaan bateri yang tidak
betul boleh menyebabkan berlakunya kebakaran, letupan, atau kemalangan yang lain.
Sila rujuk kepada doktor anda dan pengeluar peranti untuk menentukan sama ada penggunaan
peranti anda mungkin mengganggu operasi peranti perubatan anda.
Jauhkan bateri daripada api, panas yang melampau dan cahaya matahari. Jangan letakkan ia di
atas atau di dalam peranti pemanasan. Jangan membuka pemasangan, mengubah suai,
membuang atau menekannya. Jangan masukkan objek asing ke dalamnya, merendamkannya di
dalam cecair, atau mendedahkannya kepada daya luar atau tekanan, kerana ini boleh
menyebabkan ia bocor, menjadi terlalu panas, terbakar ataupun meletup.
Auto-kemas kini melalui data mudah alih atau Wi-Fi didayakan secara lalai sebaik sahaja peranti
menjalankan versi terkini dan bersambung buat kali pertama dengan peranti Huawei. Anda boleh
menyahdayakan ciri ini dalam Tetapan.
Maklumat pelupusan dan kitar semula
Simbol pada produk, bateri, risalah atau pembungkusan bermakna produk dan bateri perlu dibawa
ke pusat pengumpulan sisa berasingan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan pada akhir
jangka hayat. Ini akan memastikan sisa EEE dikitar semula dan dirawat dengan cara yang
memelihara bahan-bahan berharga dan melindungi kesihatan manusia serta alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak berkuasa tempatan anda, peruncit, atau perkhidmatan
pelupusan sisa isi rumah atau layari laman web https://consumer.huawei.com/en/.
Pengurangan bahan berbahaya
Peranti ini dan aksesori elektriknya mematuhi peraturan tempatan yang berkenaan dengan sekatan
penggunaan bahan berbahaya yang tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik, seperti
peraturan REACH EU, arahan RoHS dan Bateri (jika disertakan). Untuk pengisytiharan keakuran
REACH dan RoHS, sila lawati laman web https://consumer.huawei.com/certification.
Maklumat Pendedahan RF
Peranti anda ialah pemancar dan penerima radio berkuasa rendah. Seperti yang disyorkan oleh garis
panduan antarabangsa, peranti ini direka untuk mematuhi had yang ditetapkan oleh pasaran di
mana peranti tersebut akan dipasarkan.
Pematuhan perundangan EU
Kenyataan
Dengan ini, Huawei Device Co., Ltd. mengisytiharkan bahawa peranti DDB-KB00 ini mematuhi
Arahan berikut: 2014/53/EU (RED), RoHS 2011/65/EU.
Teks penuh perisytiharan pematuhan EU, maklumat terkini mengenai aksesori & perisian boleh
didapati di alamat Internet berikut: https://consumer.huawei.com/certification.
Peranti ini boleh dioperasikan di semua negara ahli EU.
Patuhi peraturan nasional dan tempatan di tempat peranti digunakan.
Peranti ini mungkin dihadkan penggunaannya, bergantung pada rangkaian tempatan.
57

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents