Pengenalan; Pelanggan Yang Dihormati - Husqvarna 321S15 Operator's Manual

Hide thumbs Also See for 321S15:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
321S15/25

PENGENALAN

Pelanggan yang dihormati,

Tahniah kerana membeli produk Husqvarna! Husqvarna berasaskan tradisi yang mempunyai sejarah sejak 1689,
apabila Raja Sweden Karl X memerintahkan pembinaan kilang di tebing Sungai Husqvarna untuk pengeluaran
senapang lantak. Lokasi itu merupakan keputusan yang wajar kerana kuasa air Sungai Husqvarna dimanfaatkan
untuk membina loji yang dikuasakan oleh air. Sepanjang kewujudan selama lebih 300 tahun, kilang Husqvarna telah
menghasilkan pelbagai produk, seperti dapur kayu, perkakas dapur yang moden, mesin jahit, basikal, motosikal dan
lain-lain. Pada tahun 1956, mesin rumput yang dikuasakan oleh motor pertama telah dicipta, kemudian gergaji rantai
dicipta pada tahun 1959 pula dan inilah industri yang Husqvarna sedang usahakan hari ini.
Kini, Husqvarna merupakan antara pengilang terkemuka dalam industri produk perhutanan dan perkebunan yang
mengutamakan kualiti. Syarikat ini berkonsepkan pembangunan, pengilangan dan pemasaran produk yang dikuasakan
oleh motor untuk perhutanan dan perkebunan serta untuk industri pembinaan. Husqvarna bermatlamat untuk menjadi
syarikat pendahulu dalam industri ergonomik, kebolehgunaan, keselamatan dan perlindungan alam. Inilah sebabnya
kami membangunkan pelbagai ciri yang berbeza untuk ditambahkan pada produk kami dalam bidang berikut.
Kami yakin bahawa anda akan menghargai dan berpuas hati dengan kualiti dan prestasi produk kami untuk tempoh
masa yang panjang. Pembelian salah satu produk kami memberi anda akses kepada bantuan profesional untuk
kerja-kerja pembaikan dan perkhidmatan apabila diperlukan. Jika peniaga yang menjual mesin kepada anda bukan
salah satu daripada pengedar kami yang sah, mintalah alamat bengkel perkhidmatan yang paling dekat.
Harapan kami, anda akan berpuas hati dengan produk anda dan produk ini anda boleh gunakan untuk tempoh
yang panjang. Manual pengendali ini ialah dokumen yang penting. Dengan mengikuti kandungannya (penggunaan,
perkhidmatan, penyenggaraan dsb.) jangka hayat dan nilai terpakai mesin boleh dilanjutkan. Jika anda menjual mesin
ini, pastikan manual pengendali ini diserahkan kepada pembeli.
Terima kasih kerana menggunakan produk Husqvarna.
Husqvarna AB mempunyai dasar pembangunan produk berterusan dan oleh itu berhak mengubah suai reka bentuk dan
rupa produk tanpa memberikan notis.
MY-24

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

321s25

Table of Contents