Download Print this page

Philips HD4706/00 Manual page 15

Basic jar rice cooker 1.0l white graph.

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Sebelum penggunaan pertama
1
Bersihkan bahagian berasingan periuk pemasak nasi dengan sempurna sebelum menggunakan
perkakas pada kali pertama (lihat bab 'Membersihkan'). Pastikan semua bahagian benar-benar
kering sebelum anda menggunakan perkakas.

Pasangkan pemegang senduk pada jasad utama periuk pemasak nasi (Gamb. ).
Menggunakan perkakas
Memasak nasi
1
Ukur beras menggunakan cawan penyukat yang disediakan.
Setiap cawan beras biasanya memberikan 2 mangkuk nasi. Jangan lebihi kuantiti yang ditunjukkan
pada permukaan dalam periuk dalam.
-
HD4702: 3-10 cawan beras
-
HD4706: 1-5.5 cawan beras

Basuh beras dengan sempurna.
Gunakan bekas lain untuk membasuh beras supaya salutan tidak lekat pada periuk dalam tidak rosak.

Tuangkan beras yang sudah dibasuh ke dalam periuk dalam.

Tambahkan air sehingga aras yang ditunjukkan pada skala di dalam periuk, yang sepadan
dengan bilangan cawan beras yang digunakan. Kemudian ratakan permukaan beras.
Contohnya, jika anda memasak 4 cawan beras, tambahkan air sehingga aras 4 cawan yang
ditunjukkan pada skala.
HD70 (Gamb. )
,
HD706 (Gamb. )
,
Nota: Aras yang ditandakan di dalam periuk cuma panduan; anda boleh melaraskan aras air bagi jenis
beras yang berlainan ataupun mengikut cita rasa anda.
5
Tekan butang pelepas dan bukakan tudung dengan memegang tangkainya.
6
Masukkan periuk dalam ke dalam periuk pemasak nasi. Periksa sama ada periuk dalam dan
plat pemanas besentuhan dengan baik pada satu sama lain.
Pastikan permukaan luar periuk dalam berkeadaan kering dan bersih, dan tiada sisa asing pada plat
pemanas atau suis bermagnet.
7
Tudungkan periuk pemasak nasi dan masukkan plag ke dalam soket dinding.
Lampu masak menyala.
8
Tekan turun tuil kawalan untuk memulakan proses memasak (Gamb. 5).
Apabila selesai proses memasak, lampu masak padam dan lampu simpan panas menyala secara
,
automatik (Gamb. 6).
Perhatian: Jika anda tidak menekan turun tuil kawalan, lampu masak akan padam selepas beberapa
minit dan lampu simpan panas akan menyala secara automatik.
9
Bukakan tudung dan gaulkan nasi (Gamb. 7).
Untuk mendapatkan hasil terbaik, lakukan ini sebaik sahaja lampu simpan panas menyala. Kemudian
tudungkan periuk dengan rapi untuk meneruskan fungsi simpan panas. Dengan menggaulkan nasi,
stim yang berlebihan akan dibebaskan. Ini memberikan nasi yang lebih gebu.
BaHasa MElayu
15

Hide quick links:

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hd4706/80Hd4706/10Hd4706Hd4702