Bahasa Melayu - Philips HD4686/90 User Manual

Hide thumbs Also See for HD4686/90:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Dalam manual pengguna ini, anda akan dapat mencari semua maklumat yang akan anda perlukan
untuk menikmati cerek anda secara optimum untuk tempoh masa yang lama.
perihalan umum (gamb. 1)
a Tudung
B Simbol bagi minuman panas
C Tudung (model coklat kayu kuning air)
D Simbol bagi minuman panas (model coklat kayu kuning air)
E Penapis tiga-tindakan anti-kerak
F Jaringan keluli tahan karat
g Muncung
H Pemegang penuras
i
Panel kawalan
J
Penunjuk paras air
K Tapak
l Lampu suhu (model coklat kayu kuning air)
M Lampu suhu
n Butang KEEP WARM
o Butang SET TEMP
p Butang hidup/mati
Q Plag sesalur kuasa
r Penggulung kord
Nota: Penunjuk paras air pada cerek anda mungkin berbeza daripada yang ditunjukkan dalam rajah.
penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan tenggelamkan perkakas atau tapaknya ke dalam air atau cecair lain.
amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
tempatan anda.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa, tapak atau perkakas itu sendiri rosak.
-
Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya daripada capaian kanak-kanak. Jangan biarkan kord sesalur
tergantung melepasi pinggir meja atau permukaan kerja. Kord yang berlebihan boleh disimpan di
dalam atau di keliling tapak perkakas.
-
Jangan letak perkakas di atas permukaan yang tertutup (cth. dulang hidangan), kerana ini boleh
menyebabkan air berkumpul di bawah perkakas, mengakibatkan situasi yang berbahaya.

BaHasa MElayu

43

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hd4686/60Hd4685/30Hd4686/30Hd4685/90Hd4685/60

Table of Contents