Download Print this page

Makita CW001G Instruction Manual page 71

Cordless cooler & warmer box
Hide thumbs Also See for CW001G:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
34. Semasa di bawah mod pemanasan, jangan lama
sentuh bahagian dalaman perkakas dengan
tangan anda. Risiko luka bakar suhu rendah.
35. Semasa letakkan makanan atau minuman
ke dalam alat, jaga bahagian dalaman ruang
bersih. Risiko keracunan makanan dll.
36. Jangan gunakan alat ini di dalam lori penyejuk
atau bilik sejuk. Pemeluwapan embun mudah
berlaku di dalam lori penyejuk atau bilik sejuk,
sehinga menyebabkan titisan air jatuh pada alat
dan mengakibatkan pincang tugas.
37. Jangan letakkan makhluk seperti haiwan
kesayangan di dalam alat. Alat ini tidak dapat
digunakan untuk menyimpan makhluk.
38. Jangan bungkuskan agen penyejuk dengan beg
yang rosak. Sekiranya agen sejuk bocor di dalam alat,
bahagian logam alat mungkin berkarat. Sekiranya agen
sejuk bocor, lapnya dengan kain lembut yang lembap
dan kemudian lapnya dengan kain lembut yang kering.
39. Pasang tali bahu dengan kuat sehingga tidak
jatuh kerana berat alat. Jika tidak, alat boleh
jatuh dan menyebabkan kecederaan.
40. Semasa meletakkan makanan dan minuman ke
dalam alat, masukkan suatu benda yang sejuk atau
panas terlebih dahulu. Alat ini tidak dapat menyejukkan
atau memanaskan dalam waktu yang singkat.
41. Semasa menggunakan alat di dalam kereta,
pastikan alat dipasang dengan baik di tempat
yang stabil seperti ruang bagasi atau kaki
tempat duduk belakang. Jangan letakkan alat
di tempat duduk sehingga dalam keadaan tidak
stabil. Sekiranya kereta tiba-tiba bergerak atau
berhenti semasa memandu, alat mungkin jatuh dan
bergerak, yang boleh menyebabkan kecederaan.
42. Pegang alat dengan kuat semasa membawa.
Jika tidak, alat boleh terjatuh dan menyebabkan
pincang tugas, atau terjatuh pada kaki anda dan
menyebabkan kecederaan.
43. Semasa menggunakan alat di persekitaran
yang berdebu, harus lebih kerap membersihkan
penapis span. Persekitaran yang berdebu boleh
menyebabkan penapis span tersumbat dengan
mudah dan menyebabkan kebakaran.
Amaran keselamatan
untuk alat kendalian bateri
Penggunaan dan penjagaan alat
yang dikendalikan dengan bateri
1.
Elakkan permulaan yang tidak disengajakan. Pastikan
suis dalam keadaan tutup sebelum menyambung
kepada pek bateri, semasa mengangkat atau
membawa alat. Membawa alat dengan jari anda
pada suis atau mentenagakan alat dengan suis pada
kedudukan hidup mengundang kemalangan.
2.
Putuskan sambungan pek bateri daripada alat
sebelum melakukan sebarang pelarasan, penukaran
aksesori atau penyimpanan alat. Langkah-langkah
keselamatan pencegahan sedemikian mengurangkan
risiko memulakan alat secara tidak sengaja.
3.
Cas semula dengan pengecas yang ditentukan
oleh pengeluar sahaja. Pengecas yang sesuai untuk
satu jenis pek bateri mungkin menimbulkan risiko
kebakaran apabila digunakan dengan pek bateri lain.
4.
Gunakan alat dengan pek bateri yang
ditentukan secara khusus sahaja. Penggunaan
mana-mana pek bateri lain mungkin menimbulkan
risiko kecederaan dan kebakaran.
5.
Apabila pek bateri tidak digunakan,
jauhkannya daripada objek logam lain, seperti
klip kertas, duit syiling, kunci, paku, skru atau
objek logam kecil lain, yang boleh membuat
sambungan dari satu terminal ke terminal yang
lain. Memintas terminal bateri bersama-sama
mungkin menyebabkan lecuran atau kebakaran.
6.
Di bawah keadaan kasar, cecair mungkin
terkeluar daripada bateri; elakkan sentuhan.
Jika tersentuh secara tidak sengaja, siram
dengan air. Jika cecair terkena mata, dapatkan
bantuan perubatan di samping siraman
air. Cecair yang terkeluar dari bateri mungkin
menyebabkan kegatalan atau lecuran.
7.
Jangan gunakan pek bateri atau alat yang
rosak atau diubah suai. Bateri yang rosak atau
diubah suai mungkin menunjukkan perilaku yang
tidak dijangka menyebabkan kebakaran, letupan
atau risiko kecederaan.
Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada
8.
api atau suhu yang berlebihan. Pendedahan
kepada api atau suhu melebihi 130°C mungkin
menyebabkan letupan.
9.
Ikut semua arahan pengecasan dan jangan
cas pek bateri atau alat di luar julat suhu
yang ditetapkan dalam arahan. Mengecas
dengan tidak betul atau pada suhu di luar julat
yang dinyatakan mungkin merosakkan bateri dan
meningkatkan risiko kebakaran.
10. Pastikan alat anda diservis oleh orang yang
berkelayakan dengan hanya menggunakan
alat ganti yang sama. Ini akan memastikan
keselamatan produk dapat dikekalkan.
11.
Jangan ubah suai atau cuba membaiki alat atau
pek bateri kecuali seperti yang dinyatakan dalam
arahan untuk penggunaan dan penjagaan.
Arahan keselamatan penting untuk
kartrij bateri
1.
Sebelum menggunakan kartrij bateri, baca
semua arahan dan tanda amaran pada (1)
pengecas bateri, (2) bateri, dan (3) produk
menggunakan bateri.
2.
Jangan menyahhimpun atau menghentak
kartrij bateri. Ia boleh mengakibatkan kebakaran,
suhu berlebihan atau letupan.
3.
Jika masa operasi menjadi sangat pendek,
berhenti operasi serta merta. Ia mungkin
menyebabkan risiko pemanasan lampau,
melecur bahkan letupan.
Jika elektrolit masuk ke dalam mata anda,
4.
bilas mata dengan air jernih dan dapatkan
rawatan perubatan serta merta. Ia mungkin
menyebabkan kehilangan penglihatan.
Jangan pintaskan kartrij bateri:
5.
(1)
Jangan sentuh terminal dengan bahan
berkonduksi.
(2)
Elakkan menyimpan kartrij bateri dalam
bekas bersama-sama objek logam lain
seperti paku, duit syiling dan sebagainya.
(3)
Jangan dedahkan kartrij bateri kepada air
atau hujan.
71
BAHASA MELAYU

Advertisement

loading