Makita DFJ210 Instruction Manual page 32

Cordless fan jacket
Hide thumbs Also See for DFJ210:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
12. Jangan tiupkan udara termampat ke arah
kipas. Jangan letak kayu kecil ke dalam unit
kipas. Berbuat demikian boleh merosakkan kipas
dan motor.
13. Jangan hidupkan jaket berkipas kecuali anda
memakainya.
14. Jangan gunakan jaket berkipas di tempat di
mana api atau percikan boleh terhasil. Unit
kipas boleh memerangkap api atau percikan api
dan menyebabkan kebakaran atau luka terbakar.
15. Pilih kelajuan kipas yang sesuai selaras
dengan persekitaran penggunaan untuk
kegunaan berterusan.
16. Jangan memakai pakaian lain melapisi jaket
berkipas.
17. Kekalkan papan nama pada unit kipas. Jika ia
tidak boleh dibaca atau hilang, hubungi pusat
servis setempat anda untuk pembaikan.
18. Sebelum membasuh, tanggalkan unit kipas
dan pemegang bateri, keluarkan kartrij bateri.
Basuh bahagian jaket sahaja.
19. Jangan biarkan jaket berkipas di tempat yang
terdedah kepada haba yang tinggi, seperti
kereta diletakkan di bawah sinar matahari.
Berbuat demikian boleh menyebabkan bahagian
plastik mencair dan menjadi rosak.
20. Untuk penyimpanan jangka lama, tanggalkan
pemegang bateri dan kartrij bateri dari jaket,
dan keluarkan kartrij bateri dari pemegang
bateri.
21. Apabila menyimpan, jauhkan jaket berkipas,
unit kipas, pemegang bateri dan kartrij bateri
daripada jangkauan kanak-kanak.
22. Jangan gunakan jaket berkipas semasa
menjalankan operasi kimpalan atau operasi
menggunakan pengisar. Percikan api yang
masuk ke dalam unit kipas mungkin menyebabkan
kebakaran.
23. Jauhkan rambut dan pakaian anda dari unit
kipas. Ia boleh tersangkut pada bahagian unit
kipas.
Keselamatan elektrik
1.
Jangan biarkan jaket terdedah kepada hujan
atau keadaan basah. Jauhkan air daripada
bahagian elektrik. Air yang memasuki jaket akan
meningkatkan risiko kejutan elektrik.
2.
Jangan kendalikan kord dan bateri dengan
tangan basah atau berminyak.
Jangan gunakan jaket berkipas ketika kord
3.
atau palam rosak.
Jangan salah gunakan kord. Jangan gunakan
4.
kord untuk membawa, menarik atau mencabut
palam jaket. Jauhkan kord daripada haba,
minyak dan bucu tajam.
Jangan biarkan mana-mana kord
5.
dinyahsambung semasa kuasa bateri
dibekalkan. Kanak-kanak kecil mungkin
memasukkan palam hidup ke dalam mulut mereka
dan menyebabkan kecederaan.
6.
Jangan gunakan kord yang dibekalkan dengan
alat selain unit kipas.
7.
Jangan masukkan paku, wayar, atau barang
lain ke dalam port bekalan kuasa USB. Berbuat
demikian boleh menyebabkan litar pintas, yang
boleh menyebabkan asap atau kebakaran.
8.
Jangan sambungkan sumber kuasa ke
port USB. Port USB hanya bertujuan untuk
mengecas peranti voltan yang lebih rendah.
Sentiasa letakkan penutup di atas port
USB apabila tidak mengecas peranti voltan
yang lebih rendah. Jika tidak, terdapat risiko
kebakaran.
9.
Cas semula dengan pengecas yang ditentukan
oleh pengeluar sahaja. Pengecas yang
sesuai untuk satu jenis pek bateri mungkin
menimbulkan risiko kebakaran apabila
digunakan dengan pek bateri lain.
10. Hanya gunakan dengan bateri yang telah
dikhususkan. Penggunaan mana-mana bateri
lain mungkin menimbulkan risiko kecederaan
dan kebakaran.
11.
Apabila pek bateri tidak digunakan,
jauhkannya daripada objek logam lain, seperti
klip kertas, duit syiling, paku, skru atau
objek logam kecil lain, yang boleh membuat
sambungan dari satu terminal ke terminal yang
lain. Memintas terminal bateri bersama-sama
mungkin menyebabkan lecuran atau kebakaran.
12. Di bawah keadaan kasar, cecair mungkin
dikeluarkan daripada bateri; elakkan sentuhan.
Jika tersentuh secara tidak sengaja, siram
dengan air. Jika cecair terkena mata, dapatkan
bantuan perubatan di samping siraman air.
Cecair yang dikeluarkan dari bateri mungkin
menyebabkan kegatalan atau luka kebakaran.
13. Jangan gunakan pek bateri atau unit kipas
yang rosak atau diubah suai. Bateri yang rosak
atau diubah suai mungkin menunjukkan perilaku
yang tidak dijangka menyebabkan kebakaran,
letupan atau risiko kecederaan.
14. Jangan dedahkan pek bateri atau unit kipas
kepada api atau suhu yang berlebihan.
Pendedahan kepada api atau suhu melebihi
130 °C mungkin menyebabkan letupan.
15. Ikut semua arahan pengecasan dan jangan
cas pek bateri atau unit kipas di luar julat suhu
yang ditetapkan dalam arahan. Mengecas
dengan tidak betul atau pada suhu di luar julat
yang dinyatakan mungkin merosakkan bateri dan
meningkatkan risiko kebakaran.
32 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents