Bosch ErgoMixx Style MSM6S GB Series Instruction Manual page 9

Hide thumbs Also See for ErgoMixx Style MSM6S GB Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Pengendalian mengikut peraturan
Perkakas ini hanya sesuai untuk pengunaan di dalam rumah atau
persekitaran sepertinya. Gunakan peranti hanya untuk kuantiti dan
masa pemprosesan domestik. Jangan melebih kuantiti tinggi yang
dibenarkan (Lihat "Resipi").
Peranti ini sesuai untuk pemotongan kecil dan pencampuran
makanan. Peranti ini tidak sesuai untuk penyediaan kentang lecek
(atau puri daripada makanan yang mempunyai tekstur yang sama).
Untuk itu gunakan pelecek ProPuree. Perkakas ini tidak boleh
digunakan untuk memproses objek atau bahan yang lain. Aplikasi
tambahan boleh digunakan, apabila menggunakan aksesori lain
yang diluluskan oleh pengilang. Gunakan alat hanya dengan
bahagian dan aksesori asli yang diluluskan. Jangan gunakan
pemasangan ini untuk peranti lain.
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik
dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.
Arahan keselamatan penting
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan!
Semasa pemberian peranti sertakan bersama manual ini.
Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan perkakas
dengan betul akan mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan
yang berlaku. Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan
kekurangan keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan
pengalaman dan/atau pengetahuan dibawah selian atau telah
dilatih mengikut keselamatan pengendalian peralatan ini dan
memahami kesan bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan
daripada perkakas dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan
mengendalikan perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan
bermain dengan perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk
mencuci atau menyelenggara perkakas ini.
W Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
■ Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi
pada plat kadaran. Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda
kerosakan pada perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada
perkasas, seperti penukaran kord kuasa yang rosak, hanya boleh
dilakukan oleh servis pelanggan kami bagi mengelakkan bahaya.
■ Jangan sambungkan perkakas pada pemasa atau soket yang
dikawal dengan alat kawalan jauh. Sentiasa awasi perkakas
semasa menggunakannya!
Pengendalian mengikut peraturan
ms
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents