Husqvarna 321SP Operator's Manual page 68

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Jangan hidupkan produk jika enjin mengalami
kebocoran. Periksa kebocoran enjin dengan
kerap.
• Berhati-hati dengan bahan api. Bahan api mudah
terbakar dan asapnya meletup dan boleh
menyebabkan kecederaan atau kematian.
• Jangan tersedut asap bahan api, ia boleh
menyebabkan kecederaan. Pastikan pengaliran
udara yang mencukupi.
• Jangan merokok atau meletakkan objek panas
berhampiran bahan api atau enjin.
• Jangan tambah bahan api apabila enjin
dihidupkan. Pastikan enjin sejuk sebelum anda
mengisi bahan api.
• Sebelum anda mengisi bahan api, buka penutup
tangki bahan api perlahan-lahan dan lepaskan
tekanan dengan berhati-hati.
• Jangan tambah bahan api pada enjin di kawasan
dalam rumah. Pengaliran udara yang tidak
mencukupi boleh menyebabkan kecederaan atau
kematian kerana sesak nafas atau karbon
monoksida.
• Ketatkan penutup tangki bahan api dengan
berhati-hati atau kebakaran boleh berlaku.
• Alihkan produk pada jarak minimum 3 m (10 kaki)
dari kedudukan tempat anda mengisi tangki
sebelum menghidupkannya.
• Jangan isi terlalu banyak bahan api dalam tangki
bahan api.
• Pastikan tiada kebocoran apabila anda
mengalihkan produk atau bekas bahan api.
• Jangan letakkan produk atau bekas bahan api di
tempat terdapat nyalaan terbuka, percikan api
atau lampu perintis. Pastikan tiada api di dalam
kawasan penyimpanan.
• Hanya gunakan bekas yang diluluskan apabila
anda memindahkan bahan api atau meletakkan
bahan api ke dalam simpanan.
• Bersihkan produk dan kosongkan tangki bahan api
sebelum penyimpanan buat jangka panjang.
Patuhi undang-undang tempatan tentang tempat
untuk membuang bahan api.
• Tanggalkan kabel palam pencucuh sebelum anda
meletakkan produk ke dalam storan untuk
memastikan enjin tidak dihidupkan secara tidak
sengaja.
Arahan keselamatan untuk
penyelenggaraan
• Untuk mengekalkan fungsi produk, lakukan
pemeriksaan penyelenggaraan secara kerap yang
disenaraikan dalam Manual ini. Sila rujuk kepada
pembekal produk yang diluluskan atau pengedar
produk Husqvarna terdekat jika penyelenggaraan
atau penggantian alat ganti diperlukan tetapi tidak
disenaraikan dalam Manual ini.
• Jangan biarkan enjin hidup semasa menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
• Jangan ubah suai produk atau bongkarkan enjin.
Ini boleh menyebabkan kerosakan dan
kemalangan serius semasa operasi.
• Jangan sentuh peredam atau palam pencucuh
dengan tangan kosong serta-merta selepas
mematikan enjin, kerana suhu tinggi pada
permukaan tersebut boleh menyebabkan terbakar.
• Gunakan alat ganti asal Husqvarna atau jenama
yang ditetapkan oleh Husqvarna.
67

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents