Download Print this page

Sharp FP-F30E Operation Manual page 16

Advertisement

Available languages

Available languages

ARAHAN KESELAMATAN PENTING
Apabila menggunakan perkakas elektrik, langkah berjaga-jaga keselamatan asas
hendaklah diikuti, termasuk yang berikut:
AMARAN
- Untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik, kebakaran atau kecederaan kepada individu:
• Baca semua arahan sebelum menggunakan unit ini.
• Hanya gunakan salur keluar 220-240 volt.
• Jangan gunakan unit ini jika kord kuasa atau palamnya rosak, atau sambungan ke
salur keluar dinding longgar.
• Dari semasa ke semasa buang habuk yang melekat pada palam.
• JANGAN masukkan jari atau objek asing ke dalam salur masuk atau salur keluar udara.
• Sentiasa pegang palam dan jangan sesekali tarik kordnya apabila hendak
menanggalkan palam kuasa.
Kejutan elektrik dan/atau kebakaran yang berpunca daripada litar pintas mungkin berlaku.
• Berhati-hati agar kord kuasa tidak rosak, jika tidak, boleh menyebabkan kejutan elektrik,
pemanasan atau kebakaran.
• Jangan tanggalkan palam dengan tangan yang basah.
• Jangan gunakan unit ini berhampiran perkakas yang menggunakan gas atau
tempat berdiang.
• Cabut palam kuasa daripada soket dinding sebelum membersihkan unit dan apabila
unit tidak digunakan.
Kejutan elektrik yang berpunca daripada penebatan yang tidak baik dan/atau kebakaran
daripada litar pintas mungkin berlaku.
• Apabila membersihkan unit, atau apabila unit tidak digunakan, pastikan anda mencabut palam
unit ini. Kejutan elektrik dan/atau kebakaran yang berpunca daripada litar pintas mungkin berlaku.
• Jika kord kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servisnya, Pusat
Servis Sharp yang sah atau orang yang berkelayakan bagi mengelakkan bahaya.
• Jangan hidupkan unit ini semasa menggunakan penyembur pembunuh serangga atau
di dalam bilik di mana udaranya berminyak, kemenyan atau setanggi sedang dibakar,
terdapat nyalaan api untuk menyalakan rokok, udaranya berwasap bahan kimia atau
dalam keadaan yang sangat lembap, seperti di dalam bilik air.
• Sila berhati-hati semasa membersihkan unit ini. Bahan pencuci yang kuat mengakis boleh
merosakkan bahagian luar unit.
• Hanya Pusat Servis Sharp yang Sah boleh menservis pembersih udara ini. Sila hubungi
Pusat Servis yang berdekatan bagi sebarang masalah, pelarasan atau pembaikan.
• Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak dari usia 8 tahun ke atas dan mereka
yang kekurangan keupayaan fizikal, deria atau mental atau kekurangan pengalaman dan
pengetahuan jika mereka diawasi atau diberi arahan tentang penggunaannya secara
selamat dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan
perkakas ini. Pembersihan dan penyenggaraan pengguna tidak boleh dilakukan oleh
kanak-kanak tanpa diawasi.
NOTA
- Gangguan Radio atau TV
Jika pembersih udara ini menyebabkan gangguan kepada penerimaan isyarat radio atau
televisyen, cuba hilangkan gangguan dengan mengambil satu atau lebih langkah-langkah berikut:
• Ubah atau alih kedudukan antena penerima.
• Jauhkan unit dari penerima radio/TV/jam gelombang.
• Sambungkan alat ini kepada salur keluar pada litar yang berbeza dengan yang bersambung
kepada penerima.
• Dapatkan nasihat daripada penjual atau juruteknik radio/TV yang berpengalaman.
OM_FP-F30E_EN_MA_CS.indb 2
M-2
2/9/2558 BE 4:24 PM

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Fp-f30l