20. Sentiasa perhatikan dan periksa permukaan plat pemanas dan dasar periuk dalaman,
pastikan tiada sisa makanan. Pastikan kedua-dua permukaan adalah bersih dan rata.
21. Jangan melebihi kapasiti memasak maksimum ketika memasak. Ia boleh menjejaskan
prestasi memasak, nasi melimpah atau unit tidak berfungsi.
22. Pastikan anda mencabut plag sebelum membersihkan unit.
23. Biarkan unit sejuk sebelum dibersihkan.
24. Gunakan kain lembap untuk membersihkan bahagian luar periuk. Jangan sekali-kali letakkan
unit di bawah air paip yang mengalir atau rendam unit di dalam air.
25. Tudung dalaman keluli tahan karat boleh ditanggalkan untuk dibersihkan setiap kali selepas
digunakan.
26. Cabut plag unit jika tidak digunakan. Simpan di tempat yang bersih dan kering sahaja.
27. Hentikan penggunaan jika kord kuasa rosak atau haus. Sila hubungi bahagian perkhidmatan
selepas jualan untuk penggantian.
28. Jika periuk tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, telah terjatuh atau rosak, ditinggalkan
di luar rumah di bawah keadaan cuaca yang melampau atau terjatuh ke dalam air, jangan
gunakannya dan hantar ke bahagian perkhidmatan selepas jualan untuk servis atau
pembaikan.
29. Jika terdapat sebarang kod ralat pada skrin, matikan suis dan cabut plag terlebih dahulu.
Sila rujuk kepada jadual penyelesaian masalah pada muka surat 18 sebelum menghubungi
bahagian perkhidmatan selepas jualan untuk servis dan pembaikan. Jangan cuba melakukan
sebarang penyelenggaraan sendiri.
30. Periuk ini bukan bertujuan untuk digunakan oleh sesiapa (termasuk kanak-kanak) yang
kurang keupayaan fizikal, deria, atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka yang telah diberi pengawasan atau arahan mengenai penggunaan periuk ini
oleh pihak yang bertanggungjawab di atas keselamatan mereka.
31. Pengawasan rapi mesti disediakan apabila periuk ini digunakan oleh atau berhampiran
kanak-kanak.
SEBELUM PENGGUNAAN KALI PERTAMA
1.
Pastikan voltan di rumah anda ialah 220v.
2.
Untuk menggunakan produk, buka kotak terlebih dahulu dan keluarkan unit. Tanggalkan
semua komponen boleh tanggal seperti tudung dalaman, periuk dalaman dan penapis
seramik untuk dicuci. Lap bahagian luar unit dengan kain lembap.
3.
Jangan gunakan pembersih yang kasar pada mana-mana bahagian mesin.
4.
Letakkan dan gunakan unit di atas permukaan yang bersih dan rata, dan jangan letakkan
bahan mudah terbakar berdekatan dengannya.
PERALATAN INI ADALAH UNTUK KEGUNAAN ISI RUMAH SAHAJA
!
PENGILANG DAN NOXXA TIDAK AKAN MENERIMA APA-APA LIABILITI JIKA
PERALATAN INI DIGUNA UNTUK TUJUAN KOMERSIAL ATAU DALAM APA-APA
CARA YANG TIDAK MEMATUHI ARAHAN PANDUAN.
5
Need help?
Do you have a question about the LSR822 and is the answer not in the manual?
Questions and answers