Download Print this page

Makita RP0900 Instruction Manual page 29

Router
Hide thumbs Also See for RP0900:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
NOTA:
Menggerakkan alat ke hadapan dengan terlalu
laju mungkin menyebabkan kualiti pemotongan
yang tidak baik, atau kerosakan kepada bit
atau motor. Menggerakkan alat ke hadapan
dengan terlalu perlahan mungkin membakar
dan mencacatkan potongan. Kadar suapan
yang betul bergantung pada saiz bit, jenis
bahan kerja dan kedalaman potongan. Sebelum
memulakan potongan pada bahan kerja
sebenar, adalah dinasihatkan untuk membuat
potongan sampel di atas kayu reja. Ini akan
menunjukkan rupa sebenar potongan dan juga
membolehkan anda memeriksa dimensi.
Apabila menggunakan panduan lurus, pastikan
ia sentiasa berada di sebelah kanan dalam arah
suapan. Ini akan membantu untuk memastikan
ia sedatar dengan bahagian tepi bahan kerja.
► Rajah9: 1. Arah suapan 2. Arah pusingan bit
3. Bahan kerja 4. Panduan lurus
Panduan lurus
► Rajah10
Panduan lurus digunakan secara efektif untuk potongan
lurus apabila membuat penyerongan atau pengaluran.
Untuk memasang panduan lurus, masukkan bar
panduan ke dalam lubang dalam tapak alat. Laraskan
jarak antara bit dan panduan lurus. Pada jarak yang
diinginkan, ketatkan bolt telinga untuk mengukuhkan
panduan lurus di tempatnya.
► Rajah11: 1. Bar panduan 2. Skru pengapit
3. Panduan lurus
Apabila memotong, gerakkan alat dengan panduan
lurus sedatar dengan bahagian tepi bahan kerja.
Jika jarak (A) antara bahagian tepi bahan kerja dan
kedudukan memotong terlalu jauh untuk panduan
lurus, atau jika bahagian tepi bahan kerja tidak lurus,
panduan lurus tidak boleh digunakan. Dalam kes ini,
apit satu papan lurus dengan kemas pada bahan kerja
dan gunakan ia sebagai panduan pada tapak penghala.
Masukkan alat mengikut arah anak panah.
► Rajah12
Panduan templet (Aksesori)
► Rajah13
Panduan templet menyediakan lengan tempat bit lalu
melaluinya, membenarkan penggunaan alat dengan
corak templet.
Untuk memasang panduan templet, longgarkan skru
pada tapak alat, masukkan panduan templet dan
kemudian ketatkan skru.
► Rajah14: 1. Skru 2. Tapak 3. Panduan templet
Kukuhkan templet pada bahan kerja. Letakkan alat
pada templet dan gerakkan alat dengan panduan
templet melungsur di sepanjang bahagian tepi templet.
► Rajah15: 1. Bit 2. Tapak 3. Templet 4. Bahan kerja
5. Jarak (X) 6. Diameter luar panduan
templet 7. Panduan templet
NOTA:
Bahan kerja akan dipotong berbeza sedikit
daripada templet. Benarkan jarak (X) antara bit
dan bahagian luar panduan templet. Jarak (X)
boleh dikira dengan menggunakan persamaan
berikut:
Jarak (X) = (diameter luar panduan templet -
diameter bit) / 2
Set nozel habuk (Aksesori)
► Rajah16: 1. Nozel habuk 2. Skru ibu jari
Gunakan nozel habuk untuk menyedut habuk. Pasang
nozel habuk pada tapak alat menggunakan skru ibu jari
supaya tonjolan pada nozel habuk sepadan dengan
takuk pada tapak alat.
Kemudian sambungkan pembersih hampagas ke nozel
habuk.
► Rajah17
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan
palamnya dicabut sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, sebarang
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Pusat Servis Makita yang Diiktiraf, sentiasa
gunakan alat ganti Makita.
29 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading