Download Print this page

Philips sonicare AirFloss Ultra User Manual page 25

Hide thumbs Also See for sonicare AirFloss Ultra:

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
- 1 LED hijau: Dicas 33%.
- 2 LED hijau: Dicas 66%.
- 3 LED hijau: Dicas 100%.
Catatan: Apabila ia dicas sepenuhnya, AirFloss Ultra mempunyai
waktu pengendalian sehingga 11 hari apabila digunakan dalam mod
tiga letusan dan sehingga 33 hari apabila digunakan dalam mod
letusan tunggal.
Catatan: Apabila penunjuk cas berkelip kuning, ini bermakna paras
bateri rendah dan perlu dicas semula (baki yang tinggal kurang
daripada 3 penggunaan).
Membuat persediaan untuk guna
1 Jajarkan muncung dan tekan muncung ke bawah pada pemegang
('klik') (Raj. 4).
Catatan: Kami menasihati anda untuk meletakkan hujung yang
berhadapan dengan pemegang seperti yang ditunjukkan pada
rajah, namun muncung boleh diletakkan dalam pemegang pada
mana-mana arah tanpa mempengaruhi fungsi. Anda boleh
mencuba kedua-dua pilihan dan menggunakan fungsi yang
terbaik untuk anda dalam rutin penjagaan oral anda.
Catatan: Gantikan muncung (HX8032, HX8033) setiap 6 bulan
untuk hasil optimum. Selain itu, gantikan muncung ini jika ia
menjadi longgar atau tidak lagi 'terpasang' dengan tepat pada
pemegang.
Catatan: AirFloss Ultra hanya menyokong muncung AirFloss Ultra.
Jangan cuba menggunakan muncung bukan AirFloss Ultra pada
pemegang AirFloss Ultra.
2 Buka penutup takungan ('klik') (Raj. 5).
3 Isikan takungan dengan ubat cuci mulut atau air. (Raj. 6)
Petua: Untuk hasil terbaik dan pengalaman lebih segar, kami
menasihati anda menggunakan cucian mulut dengan AirFloss Ultra
anda.
Catatan: Jangan gunakan ubat cuci mulut yang mengandungi
isopropil miristat (cth. Dentyl Active) atau kepekatan minyak pati
yang tinggi, kerana ini boleh merosakkan perkakas. Ini termasuk
semua ubat cuci mulut yang dijual di dalam bungkusan kaca dan
seramik.
Bahasa Melayu
25

Advertisement

loading