Penting; Keselamatan - Philips AC4084 User Manual

Hide thumbs Also See for AC4084:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

1 Penting

Keselamatan

Baca manual pengguna ini dengan teliti
sebelum anda menggunakan perkakas dan
simpannya untuk rujukan masa depan.
Bahaya
Jangan biarkan air atau sebarang cecair lain atau
detergen mudah bakar memasuki perkakas untuk
mencegah kejutan elektrik dan/atau bahaya
kebakaran.
Jangan bersihkan perkakas dengan air atau sebarang
cecair lain atau dengan detergen (mudah bakar)
untuk mencegah kejutan elektrik dan/atau bahaya
kebakaran.
Jangan sembur sebarang bahan mudah bakar seperti
racun serangga atau wangian di sekeliling perkakas.
Air dalam timba air tidak sesuai untuk diminum.
Jangan minum air ini dan jangan gunakannya sebagai
minuman haiwan atau menyiram tumbuh-tumbuhan.
Apabila anda mengosongkan timba air, tuang air ke
dalam longkang.
Amaran
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada
bahagian bawah perkakas sepadan dengan kuasa
voltan setempat sebelum anda menyambungkan
perkakas.
Jika kord kuasa rosak, anda hendaklah
menggantikannya di Philips, pusat servis yang
disahkan oleh Philips ataupun orang yang layak
seumpamanya untuk mengelakkan bahaya.
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur atau
perkakas itu sendiri rosak.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk kegunaan
orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya
dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan
bahawa mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
Jangan halang salur masuk dan salur keluar udara,
contohnya dengan meletakkan item di salur keluar
udara atau di hadapan salur masuk udara.
MS-MY
38
Awas
Perkakas ini bukan pengganti bagi pengalihan udara
yang betul, pembersihan vakum secara tetap atau
penggunaan hud atau kipas pengekstrak semasa
memasak.
Jika soket kuasa yang digunakan untuk menyalurkan
kuasa kepada perkakas mempunyai sambungan
yang lemah, plag perkakas akan menjadi panas. Sila
pastikan anda memasang plag perkakas ke dalam
soket dinding yang disambungkan dengan baik.
Sentiasa letak dan gunakan perkakas pada permukaan
yang kering, stabil, rata dan mendatar.
Berikan sekurang-kurangnya jarak 20cm di belakang
dan kedua-dua sisi perkakas dan sekurang-kurangnya
30cm di atas perkakas.
Jangan letakkan apa-apa benda di atas perkakas dan
jangan duduk di atas perkakas.
Jangan letakkan perkakas tepat di bawah alat hawa
dingin untuk mengelakkan kondensasi menitis pada
perkakas.
Pastikan semua penapis dipasang dengan betul
sebelum anda menghidupkan perkakas.
Hanya gunakan penapis asli Philips yang dimaksudkan
khusus untuk digunakan perkakas ini. Jangan gunakan
sebarang penapis lain.
Elakkan melanggar perkakas (salur masuk dan salur
keluar udara terutamanya) dengan objek keras.
Sentiasa angkat atau alihkan perkakas dengan kedua-
dua tangan di sisi perkakas.
Jangan selitkan jari anda atau objek ke dalam salur
masuk atau salur keluar udara untuk mengelakkan
kecederaan fizikal atau kerosakan perkakas.
Jangan guna perkakas ini apabila anda menggunakan
bahan penolak serangga jenis asap di dalam rumah
atau di tempat yang mempunyai sisa berminyak,
kemenyan yang membara, atau wasap kimia.
Jangan gunakan perkakas berhampiran dengan
perkakas gas, perkakas pemanasan atau pendiangan.
Sentiasa cabut plag perkakas selepas
menggunakannya dan sebelum anda
membersihkannya.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Ac4085

Table of Contents