Download Print this page

Philips InfraCare HP3631 Manual page 20

300 watt
Hide thumbs Also See for InfraCare HP3631:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BaHasa MElayu
20
Disebabkan kesan-kesan ini, rawatan dengan InfraCare boleh melegakan kesakitan yang disebabkan
oleh masalah otot dan sendi.
aplikasi Terapeutik
InfraCare adalah perkakas terapi pemanasan tempatan.
Aplikasi Kemungkinan:
-
Rawatan untuk sakit otot yang berkala atau kronik, otot tegang dan sendi tegang.
-
Rawatan untuk sakit bahagian bawah belakang (lumbago)
-
Rawatan chilblain
-
Persediaan untuk rawatan lain seperti urut
-
Rawatan sakit terseliuh dan lebam
-
Untuk melegakan sakit, spt dari penyakit reumatik
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai manfaat kesihatan, sila lihat kata carian
,
InfraCare di www.philips.com (Gamb. 5).
Bersedia untuk menggunakannya
1
Bukakan kord sesalur utama sepenuhnya.

Letakkan perkakas di atas permukaan stabil dan mendatar serta pastikan terdapat sekurang-
kurangnya 25 mm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan
melampau (Gamb. 6).
Perkakas boleh digunakan dengan pelbagai cara yang berlainan. Di bawah adalah beberapa contoh.
-
Untuk merawat sengal bahu, sengal leher atau bahagian atas belakang anda, letakkan perkakas di
atas meja, condongkan bingkai lampu ke belakang. Duduk di atas kerusi atau bangku dengan
menghadapkan belakang anda ke arah lampu (Gamb. 7).
-
Untuk merawat sakit bahagian bawah belakang, letakkan perkakas di atas meja di sebelah kerusi.
Duduk di atas kerusi atau bangku dengan belakang anda menghadap ke arah lampu (Gamb. 8).
-
Untuk merawat sengal siku, letakkan perkakas di atas meja dan duduk disebelahnya (Gamb. 9).
-
Letakkan perkakas di atas meja di sebelah katil dan baring di atas katil dengan sebelah kaki di
tarik ke atas untuk merawat sakit lutut. (Gamb. 10)

Laraskan arah pancaran cahaya dengan mencondongkan bingkai lampu ke hadapan atau ke
belakang (Gamb. 11).

Duduk atau baring pada jarak yang sesuai dari perkakas.
-
Pada jarak sejauh 30-40cm dari badan, InfraCare merawat bahagian sebesar lebih kurang 40cm
kali 30cm. Pada jarak yang lebih jauh, babagian dirawati menjadi lebih besar dan cahaya lampu
dan intensiti haba menjadi kurang. Pada jarak yang lebih dekat, kawasan dirawati lebih kecil dan
cahaya lampu dan intensiti haba lebih kuat.
-
Pastikan jarak antara badan dan perkakas adalah cukup jauh untuk mengelakkan daripada
tersentuh dengan penuras yang panas.
-
Pilih jarak untuk mendapatkan haba yang selesa.
Nota: Kepanasan perkakas tidak mencapai tahap intensiti sepenuhnya sehingga setelah beberapa minit
ia dipasang. Walaubagaimana pun, ini tidak bermakna perkakas tidak berkesan dalam tempoh ini.
Jangka rawatan
Jangka rawatan bergantung pada orang yang dirawati dan pada jenis penggunaan perkakas. Kami
syorkan beberapa rawatan singkat sehari, contohnya 2 rawatan selama 15 minit sekali, pada
beberapa hari berturut-turut untuk mendapat hasil.
Nota: Amalan telah menunjukkan bahawa beberapa rawatan singkat sehari mendatangkan hasil yang
lebih baik dari satu rawatan yang lebih panjang.
Sentiasa merujuk kepada doktor anda sekiranya berasa ragu!

Hide quick links:

Advertisement

loading