Download Print this page

Philips PQ227 Manual page 7

Hide thumbs Also See for PQ227:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda
menggunakan perkakas dan simpan ia untuk rujukan
masa depan.
Bahaya
-
Amaran: Pastikan perkakas dan penyesuai
sentiasa dalam keadaan kering.
-
Simbol ini bermakna: Tidak dibenarkan
membersihkan perkakas di bawah air paip yang
mengalir (Gamb. 2).
Amaran
-
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan
potong penyesuai untuk menggantinya dengan
plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan
keadaan berbahaya.
-
Amaran: Jangan gunakan perkakas ini dekat
dengan tab mandi, mandian pancuran atau
bekas lain yang mengandungi air.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka telah diberi pengawasan atau
arahan berkenaan penggunaan perkakas
ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk
memastikan bahawa mereka tidak bermain
dengan perkakas ini.
Awas
-
Jangan gunakan pencukur atau
penyesuai sekiranya ianya rosak.
-
Hanya gunakan plag penyesuai yang disediakan
untuk mengecas peralatan.
-
Jika penyesuai rosak, sentiasa gantikan dengan
jenis asli bagi mengelakkan bahaya.
-
Cas, guna dan simpan perkakas pada suhu
antara 5°C hingga 35°C.
-
Jangan gunakan pencukur ini bersama-sama
dengan losen, krim, busa atau gel pracukur, atau
produk-produk kosmetik yang lain.
Am
-
Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada
voltan rendah dan selamat tidak melebihi
24 volt.
Pematuhan standard
-
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard
berkenaan medan elektromagnet (EMF).
Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul
dan mengikut arahan dalam manual pengguna
ini, ia selamat untuk digunakan berdasarkan bukti
saintifik yang terdapat pada hari ini.
-
Pencukur ini mematuhi piawai keselamatan IEC
yang berkaitan.
Pengecasan
Pastikan pencukur dimatikan apabila anda mula
mengecasnya.
Apabila anda mengecas pencukur buat kali pertama
atau setelah lama tidak menggunakannya, biarkan
ia dicas berterusan selama 12 jam. Pengecasan
biasanya mengambil masa lebih kurang 8 jam.
Cas perkakas apabila motor berhenti atau menjadi
semakin lambat.
Bagi prestasi yang optimum, hanya cas pencukur
apabila bateri kehabisan kuasa.
Jangan biarkan perkakas dipasang pada sesalur
kuasa selama lebih daripada 24 jam.
1
Pasang plag USB mikro pada
pencukur (Gamb. 3).
2
Letakkan penyesuai di dalam soket dinding.
Lampu pengecasan akan menyala untuk
,
menunjukkan bahawa perkakas sedang
dicas (Gamb. 4).
Nota: Cas pencukur selama sekurang-kurangnya
8 jam tetapi tidak lebih daripada 24 jam.
3
Cabut penyesuai daripada soket dinding
dan tarik keluar plag USB mikro daripada
pencukur apabila bateri telah dicas
sepenuhnya (Gamb. 5).
Nota: Pencukur tidak berfungsi daripada sesalur
kuasa. Apabila bateri habis, anda hendaklah
mengecasnya semula sebelum anda dapat
menggunakannya lagi.
Masa pencukuran tanpa kord
Pencukur yang telah dicas sepenuhnya mempunyai
masa cukuran tanpa kord kira-kira 30 minit.
Menggunakan perkakas
Nota: Pencukur tidak boleh digunakan terus dari sesalur
kuasa.
1
Tanggalkan penutup pelindung.
2
Tekan butang hidup/mati sekali untuk
menghidupkan pencukur (Gamb. 6).
3
Gerakkan kepala pencukur di atas permukaan
kulit anda. Lakukan kedua-dua gerakan lurus dan
bulat (Gamb. 7).
Nota: Cukur pada muka yang kering sahaja. Jangan
gunakan pencukur bersama dengan gel, busa atau air.
Nota: Kulit anda mungkin memerlukan 2 atau 3 minggu
sebelum biasa dengan sistem pencukuran Philips.
4
Tekan butang hidup/mati untuk mematikan
pencukur.
5
Bersihkan pencukur selepas setiap kali
mencukur (lihat bab 'Pembersihan dan
penyelenggaraan').
6
Pasangkan tukup pelindung pada pencukur un-
tuk mencegahnya daripada rosak dan mengelak-
kan pengumpulan kotoran di dalam kepala
pencukur (Gamb. 8).
Nota: Pastikan puting tukup perlindungan menutupi
butang pelepas.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental,
agen pembersih yang melelas atau cecair
yang agresif seperti petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
Bersihkan pencukur selepas setiap cukuran
untuk menjamin prestasi pencukuran yang lebih
baik. Untuk hasil pembersihan terbaik, kami
menasihatkan agar anda menggunakan Penyembur
Pembersihan Philips (HQ110). Dapatkan maklumat
lanjut daripada pengedar Philips anda.
Nota: Penyembur Pembersihan Kepala Pencukur
Philips (HQ110) mungkin tidak tersedia di semua
negara. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di negara
anda untuk mengetahui ketersediaan aksesori ini.
selepas setiap cukuran: unit pencukur
dan ruang rambut
1
Matikan alat pencukur, cabut penyesuai
daripada soket dinding dan tarik keluar plag
USB mikro daripada pencukur.
2
Bersihkan bahagian atas perkakas dengan
berus pembersih yang dibekalkan (Gamb. 9).
3
Tekan butang pelepas (1) dan tarikh unit
pencukur lurus ke atas dari pencukurnya
(2). (Gamb. 10)
4
Bersihkan bahagian dalam unit pencukur
dengan berus pembersih (Gamb. 11).
5
Bersihkan ruang rambut dengan berus
pembersih (Gamb. 12).
6
Kembalikan unit pencukur kepada
pencukur (Gamb. 13).
setiap dua bulan: kepala pencukur
Nota: Jangan gunakan agen pembersihan atau
alkohol untuk membersihkan kepala pencukur.
Hanya gunakan Penyembur Pembersihan Kepala
Pencukur Philips (HQ110).
1
Matikan alat pencukur, cabut penyesuai daripada
soket dinding dan tarik keluar plag kecil daripada
pencukur.
2
Tekan butang pelepas (1) dan tarikh unit
pencukur lurus ke atas dari pencukurnya
(2) (Gamb. 10).
3
Putar roda jingga ke arah lawan arah jam (1)
dan tanggalkan rangka penahan (2) (Gamb. 14).
4
Tanggalkan dan bersihkan satu kepala pencukur
pada satu masa. Setiap kepala pencukur terdiri
daripada pemotong dan adangan (Gamb. 15).
Nota: Jangan bersihkan lebih dari satu pemotong dan
adangan pada sesuatu masa, kerana setiap set adalah
berpadanan. Jika anda tercampur adukkan set pemotong
dan adangan dengan tidak sengaja, ia mungkin
mengambil masa sehingga beberapa minggu sebelum
mutu pencukuran terbaik dapat dicapai semula.
5
Tanggalkan adangan dari
pemotong (Gamb. 16).
6
Bersihkan pemotong dengan bahagian
pendek bulu kejur berus pembersih tersebut.
Berus dengan berhati-hati ke arah anak
panah (Gamb. 17).
7
Bersihkan adangan dengan bahagian panjang
bulu kejur berus pembersih (Gamb. 18).
8
Pulangkan pemotong ke dalam adangan
selepas membersihkannya (Gamb. 19).
9
Letakkan kembali kepala pencukur ke dalam
unit pencukur (Gamb. 20).
10
Pulangkan rangka penahan ke dalam unit
pencukur (1) dan putar roda jingga mengikut
arah jam (2) (Gamb. 21).
11
Kembalikan unit pencukur kepada
pencukur (Gamb. 13).
Penyimpanan
Pastikan perkakas sentiasa kering.
Guna dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C dan
35°C.
1
Matikan pencukur.
2
Pasang tukup pelindung pada pencukur
selepas menggunakannya untuk mengelakkan
kerosakan dan agar kotoran tidak terkumpul
di dalam kepala pencukur (Gamb. 8).
Nota: Pastikan puting tukup perlindungan menutupi
butang pelepas.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Pq222Pq226Pq225