Mengecas Bateri; Memutuskan Sambungan Pengecas - LG C3380 User Manual

User manual
Hide thumbs Also See for C3380:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
5. Pasang semula penutup bateri.
Letakkan penutup bateri di tempatnya
pada telefon dan gelongsorkan ia
sehingga selak berbunyi klik.

Mengecas Bateri

Untuk menyambungkan penyesuai kembara pada telefon, anda
mestilah telah pun memasang bateri.
1. Pastikan bateri dicas sepenuhnya sebelum menggunakan
telefon.
2. Dengan anak panah menghadap anda seperti yang ditunjukkan
di dalam gambar rajah, tolak palam pada penyesuai bateri ke
dalam soket pada bahagian bawah telefon sehingga ia berdetap
ke dalam tempatnya.
3. Sambungkan hujung lain penyesuai kembara pada soket wayar.
Gunakan hanya pengecas yang disertakan di dalam bungkusan
jualan.
4. Palang-palang bergerak ikon bateri akan berhenti setelah
pengecasan selesai.
!
Awas
• Jangan sambungkan penyambung dengan paksa kerana ini boleh
merosakkan telefon dan/atau penyesuai kembara.
• Masukkan pengecas pek bateri secara menegak pada soket kuasa
dinding.
• Jika anda menggunakan pengecas pek bateri di luar negara anda
sendiri, gunakan penyesuai palam yang dipasangkan bagi tatarajah
yang betul.
!
Amaran
• Cabut kord kuasa dan pengecas semasa ribut petir bagi
mengelakkan kejutan elektrik atau kebakaran.
• Pastikan bahawa tiada barang yang tajam seperti gigi atau kuku
binatang, bersentuhan dengan bateri. Terdapat risiko ini boleh
menyebabkan kebakaran.
• Jangan buat atau jawab panggilan semasa mengecas telefon
kerana ini boleh melitar pintas telefon dan/atau menyebabkan
kejutan elektrik atau kebakaran.

Memutuskan sambungan pengecas

Putuskan sambungan penyesuai
kembara dari telefon dengan
menekan butang-butang tepinya
seperti yang ditunjukkan di dalam
gambar rajah.
13
C3380

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents