Manual Arahan - Makita BAC01 Instruction Manual

Power converter
Hide thumbs Also See for BAC01:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Sesetengah kartrij bateri yang disenaraikan di atas mungkin tidak tersedia bergantung pada kawasan
kediaman anda.
AMARAN:
Hanya gunakan kartrij bateri yang disenaraikan di atas. Penggunaan mana-mana kartrij bateri
yang lain mungkin menyebabkan kecederaan dan/atau kebakaran.
Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang boleh
digunakan untuk alat ini. Pastikan anda memahami
maksudnya sebelum menggunakan.
Baca manual arahan.
Hanya untuk negara-negara EU
Disebabkan kehadiran komponen
berbahaya dalam peralatan, sisa peralatan
elektrik dan elektronik, akumulator dan
bateri boleh memberi kesan negatif
terhadap persekitaran dan kesihatan
Ni-MH
Li-ion
manusia.
Jangan buang alat elektrik dan elektronik
atau bateri bersama dengan bahan
buangan isi rumah!
Mengikut Arahan Eropah mengenai sisa
peralatan elektrik dan elektronik dan
mengenai akumulator dan bateri dan sisa
akumulator dan bateri serta penyesuaian
dengan undang-undang negara, sisa
peralatan elektrik, bateri dan akumulator
hendaklah disimpankan secara berasingan
dan dihantar ke tempat pengumpulan
berasingan untuk sisa perbandaran,
beroperasi mengikut peraturan
perlindungan persekitaran.
Ini ditunjukkan oleh simbol tong sampah
beroda yang bersilang pada peralatan.
Tujuan penggunaan
Perkakas ini bertujuan untuk menukar kuasa pek kuasa
mudah alih Makita kepada pelbagai output.
AMARAN KESELAMATAN
AMARAN:
Sebelum digunakan, pastikan
anda membaca manual arahan produk yang akan
digunakan dengan penukar kuasa ini.
Amaran keselamatan Penukar
Kuasa
1.
Untuk memastikan prestasi yang baik dan
hayat perkhidmatan jangka panjang, beri
perhatian untuk melindungi penukar kuasa
daripada keadaan berikut.
Gas dan cecair mengkakis
Kabus garam dan kabus minyak
Kesan mekanikal dan getaran
Kelembapan yang tinggi
Suhu melampau (terlalu sejuk atau terlalu
panas)
Julat suhu persekitaran yang sesuai adalah antara
-10 °C hingga 40 °C (14 °F hingga 104 °F).
Bunyi elektromagnet (cth. mesin kimpalan
elektrik, peralatan berkuasa tinggi)
Bahan radioaktif
2.
Letakkan penukar kuasa pada permukaan
mendatar serta tidak beralun dan tempat yang
stabil. Jika tidak, kemalangan terjatuh mungkin
berlaku.
3.
Semasa membawa penukar kuasa, cabut
sumber kuasa dan semua perkakas yang
disambungkan ke port output. Jika tidak,
kemalangan terjatuh mungkin berlaku.
4.
Semasa membawa penukar kuasa, sentiasa
pegang pemegang pembawa dengan kuat
menggunakan kedua-dua tangan. Jangan
bawa penukar kuasa dengan memegang mana-
mana bahagian lain. Jika tidak, kemalangan
terjatuh mungkin berlaku.
Jangan sentuh penukar kuasa dengan tangan
5.
yang basah. Jangan biarkan penukar kuasa
terkena hujan atau keadaan basah. Risiko
kejutan elektrik. Penukar kuasa bukan kalis air.
6.
Jangan masukkan objek logam, seperti paku
tekan, wayar atau objek logam kecil yang lain
ke dalam salur keluar dan bolong udara. Risiko
kejutan elektrik.
7.
Jangan nyahpasang penukar kuasa. Risiko
kejutan elektrik.
Jangan beri impak kuat kepada penukar kuasa
8.
seperti terjatuh. Ia boleh menyebabkan pincang
tugas yang mengakibatkan kejutan elektrik.
Periksa salah jajaran atau ikatan pada
9.
bahagian yang bergerak, bahagian yang
pecah dan apa-apa keadaan lain yang boleh
menjejaskan operasi. Jika rosak, baiki
perkakas sebelum digunakan. Kebanyakan
kemalangan adalah disebabkan oleh perkakas
yang tidak diselenggara dengan baik.
10. Sentiasa ditetapkan kepada frekuensi AC yang
sesuai. Jika tidak, pincang tugas mungkin berlaku
dan mengakibatkan kecederaan.
11.
Jangan kendalikan penukar kuasa dalam
atmosfera yang mudah meletup, seperti
dengan kehadiran cecair, gas atau habuk
yang mudah terbakar. Caj statik atau percikan
kecil boleh menyalakan habuk atau asap,
menghasilkan kebakaran atau letupan.
12. Jangan benarkan apa-apa menutup atau
menyumbat bolong udara. Gunakan penukar
kuasa yang tiada apa-apa mengganggu bolong
udara. Ini boleh menyebabkan pincang tugas atau
kebakaran.
13. Berhati-hati agar tidak tersadung kord semasa
operasi. Masukkan kord ke dalam poket kord.
14. Jangan gunakan penukar kuasa untuk
peralatan perubatan. Pincang tugas yang tidak
dijangka boleh menyebabkan kemalangan.
54 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents