Makita M9200 Instruction Manual page 17

Hide thumbs Also See for M9200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
4.
Simpan alat kuasa yang tidak digunakan
jauh dari jangkauan kanak-kanak dan jangan
biarkan orang yang tidak biasa dengan alat
kuasa atau arahan ini untuk mengendalikan
alat kuasa. Alat kuasa adalah berbahaya di
tangan pengguna yang tidak terlatih.
Menyelenggara alat kuasa dan aksesori.
5.
Periksa salah jajaran atau ikatan pada
bahagian yang bergerak, bahagian yang
pecah dan apa-apa keadaan lain yang
boleh menjejaskan operasi alat kuasa. Jika
rosak, baiki alat kuasa sebelum digunakan.
Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh
alat kuasa yang tidak dijaga dengan baik.
6.
Pastikan alat pemotong tajam dan bersih.
Alat pemotong yang dijaga dengan betul dengan
hujung pemotong yang tajam mempunyai
kemungkinan yang rendah untuk terikat dan lebih
mudah dikendalikan.
Gunakan alat kuasa, aksesori dan alat bit
7.
dan sebagainya mengikut arahan ini dengan
mengambil kira keadaan kerja dan kerja yang
perlu dilakukan. Penggunaan alat kuasa untuk
operasi yang berbeza dari yang dimaksudkan
boleh menyebabkan keadaan berbahaya.
8.
Pastikan pemegang dan permukaan pegangan
kering, bersih dan bebas dari minyak dan gris.
Pemegang dan permukaan pegangan yang licin
tidak membolehkan pengendalian dan kawalan
selamat bagi alat dalam situasi yang tidak
dijangka.
Apabila menggunakan alat, jangan pakai
9.
sarung tangan kerja kain yang mungkin boleh
kusut. Kekusutan sarung tangan kerja kain pada
bahagian yang bergerak boleh menyebabkan
kecederaan diri.
Servis
1.
Pastikan alat kuasa anda diservis oleh
orang yang berkelayakan dengan hanya
menggunakan alat ganti yang sama. Ini akan
memastikan keselamatan alat kuasa dapat
dikekalkan.
2.
Ikut arahan untuk melincir dan menukar
aksesori.
AMARAN KESELAMATAN
PENGGILAP
1.
Sentiasa gunakan kaca mata keselamatan atau
gogel. Cermin mata atau cermin mata gelap
biasa BUKAN cermin mata keselamatan.
2.
Pegang alat dengan kukuh.
3.
Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
4.
Alat ini tidak kalis air, jadi jangan gunakan air
pada permukaan bahan kerja.
Udarakan kawasan kerja anda secukupnya
5.
semasa anda menjalankan operasi menggilap.
6.
Sesetengah bahan mengandungi bahan kimia
yang mungkin toksik. Sila berhati-hati untuk
mencegah penyedutan habuk dan sentuhan
kulit. Ikut data keselamatan pembekal bahan.
7.
Penggunaan alat ini untuk menggilap
sesetengah produk, cat dan kayu boleh
mendedahkan pengguna kepada habuk yang
mengandungi bahan berbahaya. Gunakan
pelindung pernafasan yang betul.
8.
Pastikan bahawa tidak terdapat retakan atau
pecah pada pad sebelum digunakan. Retakan
atau pecah boleh menyebabkan kecederaan
peribadi.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN: JANGAN biarkan keselesaan
atau kebiasaan dengan produk (daripada
penggunaan berulang) menggantikan
pematuhan ketat terhadap peraturan
keselamatan untuk produk yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan untuk
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
yang dinyatakan dalam manual arahan ini
boleh menyebabkan kecederaan diri yang
serius.
KETERANGAN FUNGSI
AMARAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan
palamnya dicabut sebelum menyelaras
atau menyemak fungsi pada alat. Kegagalan
mematikan suis dan mencabut palam alat boleh
menyebabkan kecederaan serius disebabkan
permulaan yang tidak disengajakan.
Tindakan suis
► Rajah1: 1. Suis
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat pada palam, sentiasa
periksa untukmelihat bahawa alat telah
dimatikan.
Untuk memulakan alat, tekan "ON ( I )" di sebelah suis.
Untuk mematikan, tekan "OFF (O)" di sebelah suis.
17 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

M9200g

Table of Contents