Makita 1902 Instruction Manual page 32

Hide thumbs Also See for 1902:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan
palamnya dicabut sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Menajamkan bilah pengetam
Untuk bilah standard sahaja
Sentiasa pastikan bilah anda tajam untuk fungsi
yang terbaik. Gunakan pemegang pengasah untuk
membuang takik dan menghasilkan sisi yang halus.
► Rajah20: 1. Pemegang pengasah
Pertama sekali, longgarkan dua nat telinga pada
pemegang dan masukkan bilah (A) dan (B) supaya
ia bersentuhan dengan sisi (C) dan (D). Kemudian
ketatkan nat telinga.
► Rajah21: 1. Nat telinga 2. Bilah (A) 3. Bilah (B)
4. Sisi (D) 5. Sisi (C)
Rendamkan batu sagat dalam air selama 2 atau
3 minit sebelum diasah. Pegang pemegang supaya
kedua-dua bilah bersentuhan dengan batu sagat untuk
pengasahan serentak pada sudut yang sama.
► Rajah22
Menggantikan berus karbon
► Rajah23: 1. Tanda had
Keluarkan dan periksa berus karbon dengan kerap.
Gantikan ia apabila ia telah haus sehingga tanda had.
Pastikan berus karbon sentiasa bersih dan bebas untuk
dimasukkan ke dalam pemegang. Kedua-dua berus
karbon harus diganti pada masa yang sama. Gunakan
hanya berus karbon yang serupa.
Gunakan pemutar skru untuk mengeluarkan penutup
serpihan atau muncung.
► Rajah24: 1. Penutup serpihan atau Muncung
2. Pemutar skru
Gunakan pemutar skru untuk menanggalkan penutup
pemegang berus. Keluarkan berus karbon yang telah
haus, masukkan berus baharu dan kukuhkan penutup
pemegang berus.
► Rajah25: 1. Penutup pemegang berus 2. Pemutar
skru
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, sebarang
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Pusat Servis Makita yang Diiktiraf, sentiasa
gunakan alat ganti Makita.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
Aksesori-aksesori atau lampiran-lampiran ini
adalah disyorkan untuk digunakan dengan
alat Makita anda yang ditentukan dalam
manual ini. Penggunaan mana-mana aksesori-
aksesori atau lampiran-lampiran lain mungkin
mengakibatkan risiko kecederaan kepada
orang. Hanya gunakan aksesori atau lampiran
untuk tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk
maklumat lebih lanjut mengenai aksesori ini, tanya
Pusat Servis Makita tempatan anda.
Bilah Pengetam keluli berkelajuan tinggi
Bilah Pengetam tungsten karbida (Untuk hayat
bilah yang lebih lama)
Bilah pengetam mini
Pemasangan pemegang pengasah
Tolok bilah
Set plat tetapan
Pagar pinggir (Pembaris panduan)
Set panduan sambungan
Batu sagat
Pemasangan muncung
Pemasangan beg habuk
Sendi
Perengkuh soket
NOTA:
Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut
negara.
32 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents