Download Print this page

Bahasa Melayu; Bersedia Untuk Menggunakan - Philips PerfectCare 9000 Series User Manual

Hide thumbs Also See for PerfectCare 9000 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 4

BAHASA MELAYU

24
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapatkan
manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftar produk anda di
www.philips.com/welcome.
Baca manual pengguna ini, risalah maklumat penting dan panduan permulaan ringkas dengan teliti
sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan untuk rujukan masa hadapan.
Gambaran keseluruhan produk (Raj. 8)
1
Hos bekalan stim
2
Picu stim
3
Butang stim automatik pintar
4
Lampu seterika sedia
5
Plat tapak
6
Kamera ActiveSense
7
Platform seterika
8
Butang pelepas kunci pembawa
9
Lubang isian
10 Tangki air boleh tanggal
11
Ruang penyimpanan hos bekalan stim
12 Petak simpanan kord
13 Kord sesalur kuasa dengan palam
14 Tombol EASY DE-CALC
15 Butang hidup/mati dengan lampu
16 Isyarat kerak
17 Lampu tetapan stim maksimum
18 Lampu isyarat air rendah

Bersedia untuk menggunakan

Jenis air untuk digunakan
Perkakas ini telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Akan tetapi, jika anda tinggal
di kawasan yang mempunyai air liat, pembentukan kerak yang cepat mungkin akan berlaku. Oleh
hal yang demikian, anda disyorkan untuk menggunakan air suling atau air tanpa mineral (50% air
suling/air tanpa mineral dicampurkan dengan air boleh digunakan juga) untuk memanjangkan
hayat perkakas.
Amaran: Jangan gunakan air berwangian, air daripada mesin pengering pakaian, cuka, kanji, agen
penyahkerak, bahan bantu penyeterikaan, air dinyahkerak secara kimia atau bahan kimia lain,
kerana ini boleh menyebabkan air berdetus, kesan kotoran berwarna perang atau kerosakan pada
perkakas anda.
Menyediakan produk
Isi tangki air sebelum setiap penggunaan atau apabila lampu 'isyarat air rendah' berkelip. Anda
boleh mengisi semula tangki air pada bila-bila masa semasa menyeterika.
1 Tanggalkan tangki air daripada perkakas dan isi tangki dengan air sehingga penunjuk MAX.
2 Masukkan tangki air ke dalam perkakas semula dengan memuatkan bahagian bawah ke dalam
perkakas dahulu.
3 Tolak bahagian atas tangki air sehingga berdetap ('klik').
Masukkan palam sesalur kuasa ke dalam soket dinding dibumikan dan tekan butang hidup/mati
untuk menghidupkan penjana stim. Tunggu sehingga lampu 'seterika sedia' menyala berterusan.
Sebaik sahaja perkakas anda bersedia, anda juga akan mendengar bunyi bip yang pendek.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Perfectcare psg9050/26Perfectcare psg9050/20