Sony DSC-TX200 Instruction Manual page 89

Hide thumbs Also See for DSC-TX200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Jangan membuka/menutup penutup bateri/kad ingatan dengan tangan yang
basah atau berpasir atau berhampiran air. Terdapat risiko bahawa ini akan
menyebabkan pasir atau air memasuki bahagian dalamnya. Sebelum
membuka penutup, lakukan tatacara yang diperihalkan dalam "Pembersihan
selepas menggunakan kamera di dalam/berdekatan air".
• Buka penutup bateri/kad ingatan semasa kamera benar-benar kering.
• Sentiasa pastikan penutup bateri/kad ingatan telah terkunci dengan rapat.
Perhatian tentang menggunakan kamera di dalam/berdekatan air
• Panel sentuh boleh diaktifkan oleh percikan air pada ikon skrin. Apabila
menggunakan kamera di dalam/berdekatan air, adalah disarankan supaya
anda menyembunyikan ikon dengan menyentuh
Sentuh
selama beberapa saat untuk memaparkan ikon semula.
• Panel sentuh tidak boleh dikendalikan di dalam air. Gunakan butang kamera
untuk melaksanakan operasi rakaman.
• Jangan biarkan kamera terkena kejutan seperti melompat ke dalam air.
• Jangan membuka dan menutup penutup bateri/kad ingatan semasa berada di
dalam/berhampiran air.
• Kamera ini tenggelam dalam air. Masukkan tangan anda ke dalam tali
pergelangan tangan untuk mengelakkan kamera daripada tenggelam.
• Titik-titik bulat putih yang samar-samar mungkin muncul dalam foto denyar
bawah air disebabkan oleh pantulan dari objek yang terapung. Ini bukan
pincang tugas.
• Pilih
(Dalam air) dalam Pemilihan Pemandangan untuk merakam dalam
air dengan herotan yang tidak banyak.
Pembersihan selepas menggunakan kamera di dalam/berdekatan
air
• Sentiasa bersihkan kamera dengan air selepas
digunakan di dalam masa 60 minit, dan jangan
membuka penutup bateri/kad ingatan sebelum
pembersihan selesai. Pasir atau air mungkin
memasuki bahagian dalam tempat yang tidak
dapat dilihat. Jika tidak dibilas, prestasi kalis
air akan terjejas.
• Biarkan kamera berada dalam air tulen yang
dituangkan ke dalam mangkuk pembersihan selama lebih kurang 5 minit.
Kemudian, goncang kamera perlahan-lahan, tekan setiap butang,
gelongsorkan tuas zum di dalam air, untuk membersihkan apa-apa garam,
pasir atau benda lain yang melekat pada butang.
di sebelah kanan skrin.
MY
MY
5

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dsc-tx200v

Table of Contents