Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips HR1861 User Manual

Hide thumbs Also See for HR1861:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BaHasa MElayu

30
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Pemerah jus anda yang baru mempunyai reka bentuk condong istimewa, yang menyendeng 5 c ke
sisi bukaan aliran keluar jus untuk memastikan pengeluaran jus maksimum.
Perihalan umum (gamb. 1)
a
Penolak
B
Tiub suapan
C
Tudung
d
Penapis
E
Pengumpul jus
F
Bekas pulpa
g
Pengapit
H
Tombol kawalan
i
Aci pemacu
J
Unit motor
K
Penyimpanan kord
l
Tudung jag jus
M
Pemisah busa
n
Jag jus
o
Berus pembersih
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya
untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan tenggelamkan unit motor ke dalam air atau apa-apa cecair lain, atau membilaskannya di
bawah paip.
amaran:
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar perkakas sepadan dengan voltan sesalur
tempatan sebelum anda menyambungkan perkakas.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord utama atau komponen lain sudah rosak.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Jangan sekali-kali biarkan perkakas beroperasi tanpa diawasi.
-
Jika anda mengesan keretakan di dalam penapisnya atau penapisnya rosak dengan apa cara pun,
jangan gunakan perkakas lagi dan hubungi pusat servis Philips yang terdekat.
-
Jangan sekali-kali mencapai ke dalam tiub suapan dengan jari anda atau dengan sesuatu objek
semasa perkakas sedang berjalan. Hanya gunakan penolaknya untuk tujuan ini.
-
Jangan sentuh pisau kecil di dasar penapis.Ia sangat tajam.
awas
-
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.

Hide quick links:

Advertisement

loading