LG KE820 User Manual page 112

Lg phone
Hide thumbs Also See for KE820:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Garis Panduan bagi Penggunaan yang
Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin mendatangkan bahaya atau tidak sah.
Maklumat terperinci selanjutnya diberikan dalam manual ini.
PENDEDAHAN KEPADA TENAGA FREKUENSI RADIO
Pendedahan kepada gelombang radio dan maklumat Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption
Rate) (SAR)
Telefon bimbit model KE820 ini telah direka bentuk supaya mematuhi keperluan keselamatan yang
berkenaan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis
panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang bertujuan memastikan keselamatan bagi
semua orang, tidak kira umur atau tahap kesihatan.
]
Garis panduan mengenai pendedahan kepada gelombang radio ini menggunakan unit pengukuran
yang disebut Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate), atau SAR. Ujian-ujian bagi SAR
dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
]
Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara aras-aras SAR bagi pelbagai model telefon LG,
kesemuanya direka bentuk supaya memenuhi garis panduan relevan bagi pendedahan kepada
gelombang radio.
]
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission
on Non- Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) antarabangsa, iaitu 2W/kg dipuratakan ke atas
sepuluh (10) gram tisu.
]
Nilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini yang diuji oleh DAISY bagi penggunaan pada telinga
ialah 0.840 W/kg (10g).
]
Maklumat SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah mengambil had SAR yang disyorkan
oleh Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (Institute of Electrical and Electronics Engineers) (IEEE),
iaitu 1.6 W/kg dipuratakan ke atas satu (1) gram tisu.
Penjagaan dan Penyenggaraan Produk
Amaran!
Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk digunakan
khususnya dengan telefon model ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang
kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan telefon ini, dan mungkin merbahaya.
Selamat dan Cekap
7

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents