BAHASA MELAYU
80
berjalan, program akan terbantut. Dalam keadaan ini, simbol
pembilasan atau pengeringan akan berhenti berkelip.
Nota: Jika anda mencabut penyesuai dari soket dinding
semasa program pembersihan, program akan terbantut.
Nota: 30 minit selepas program pembersihan dan
pengecasan selesai, SmartClean akan dimatikan secara
automatik.
Menggantikan kartrij Sistem SmartClean
- Gantikan kartrij pembersihan apabila simbol penggantian
berkelip jingga atau apabila anda tidak lagi berpuas hati
dengan hasilnya.
1
Tekan butang di bahagian sisi sistem SmartClean (1)
dan angkat bahagian atas sistem SmartClean (2).
2
Keluarkan kartrij pembersihan yang kosong dari
sistem SmartClean dan tuang baki cecair keluar dari
kartrij pembersihan.
Anda juga boleh menuangkan cecair pembersihan ke
dalam sink.
3
Buang kartrij pembersihan yang kosong.
4
Buka bungkusan kartrij pembersihan yang baru dan
tanggalkan kedap kartrij.
5
Letakkan kartrij pembersihan baru dalam sistem
SmartClean.
6
Tolak bahagian atas sistem SmartClean ke bawah
semula ('klik').