Download Print this page

Philips 7400 Series User Manual page 22

Hide thumbs Also See for 7400 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa MElayu
22
-
Jangan biarkan kord sesalur kuasa dan hos bekalan bersentuhan dengan plat tapak seterika yang
panas.
-
Jika stim keluar dari bawah tukup bilas Pembersihan Kerak semasa perkakas menjadi panas,
matikan perkakas dan ketatkan tukup bilas Pembersihan Kerak. Jika stim terus keluar semasa
perkakas menjadi panas, matikan perkakas dan hubungi pusat servis yang diluluskan oleh Philips.
-
Jangan sekali-kali tanggalkan tukup bilas Pembersihan Kerak apabila tangki stim panas.
-
Jangan gunakan tukup lain pada tangki stim selain daripada tukup bilas Pembersihan Kerak yang
telah dibekalkan bersama perkakas ini, kerana tukup ini juga berfungsi sebagai injap keselamatan.
awas
-
Periksa kord dan hos bekalan dengan kerap untuk mencari apa-apa kerosakan.
-
Sentiasa letak dan gunakan seterika dan tangki stim pada permukaan yang stabil, rata dan
mendatar.
-
Platform dan plat tapak seterika boleh menjadi amat panas dan boleh menyebabkan kelecuran
jika tersentuh. Jika anda hendak mengalihkan tangki stim, jangan sentuh platform.
-
Selepas anda selesai menyeterika, semasa anda membersihkan perkakas dan juga apabila anda
meninggalkan seterika walaupun sebentar: letakkan seterika di atas platform seterika, matikan
perkakas dan cabut plag sesalur daripada soket dinding.
-
Bilas tangki stim dengan kerap menurut arahan dalam bab 'Membersih dan menyelenggara'.
-
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
Mengisi tangki air.
Jangan sekali-kali tenggelamkan tangki stim di dalam air.
Jangan masukkan air panas, minyak wangi, cuka, kanji, agen penanggal kerak, bahan bantu
penyeterikaan atau bahan kimia lain ke dalam tangki air.
-
GC7440: Isikan tangki air apabila lampu 'tangki air kosong' berkelip.
-
GC7423/GC7422: Isikan tangki air apabila air di dalam tangki telah turun ke paras MIN.
-
Anda boleh mengisi semula tangki air pada bila-bila masa semasa menyeterika.
1
Buka tudung corong isian. (Gamb. 2)
2
Isikan tangki air dengan air paip sejuk sehingga paras maksimum (Gamb. 3).
Nota: Anda boleh menggunakan air paip normal. Jika air paip di kawasan anda amat sadah, kami
menasihatkan supaya anda mencampurkannya dengan jumlah air suling yang sama banyak.
3
Tutup tudung corong isian dengan betul ('klik').
Jangan condongkan atau goncang tangki stim apabila tangki airnya penuh. Jika tidak, airnya mungkin
tertumpah keluar dari corong isian.
Menggunakan perkakas
Nota: Sesetengah asap dan habuk mungkin keluar dari seterika apabila anda menggunakannya buat
pertama kali. Ini perkara biasa dan berhenti selepas beberapa waktu.
Nota: Apabila anda menghidupkan perkakas, tangki stim mengeluarkan bunyi mengepam. Bunyi ini biasa
dan menandakan air sedang dipam ke dalam tangki air.
4239.000.7520.2.indd 22
08-02-10 10:36

Hide quick links:

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Gc7440Gc7423Gc7422Gc7423/02