Siemens MR008 GB Series Instruction Manual page 4

Hide thumbs Also See for MR008 GB Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

MR-GB_ms-zh-en-ar.book Seite 4 Donnerstag, 5. Februar 2015 9:00 09
ms
Perkakas boleh digunakan oleh orang yang kurang keupayaan fizikal,
deria atau mental atau kurang berpengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diberi penyeliaan atau arahan berkenaan penggunaan
perkakas dengan cara yang selamat dan jika mereka memahami
bahaya yang terlibat.
Perkakas tidak harus digunakan oleh kanak-kanak.
Perkakas dan kord kuasa mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.
Kanak-kanak tidak harus bermain dengan perkakas.
Sebelum menggantikan aksesori atau alat ganti tambahan, yang
bergerak semasa operasi, matikan perkakas dan putuskan
sambungan bekalan kuasa.
Jaga keselamatan semasa menggunakan pisau cincang yang tajam,
mengosongkan bekas dan semasa pembersihan.
Untuk mengelakkan kecederaan, kord kuasa yang rosak mestilah
digantikan oleh pengeluar atau perkhidmatan pelanggannya atau
orang yang sama kelayakannya.
Hanya perkhidmatan pelanggan kami boleh membaiki perkakas.
, Arahan keselamatan untuk perkakas ini
Risiko kecederaan
Risiko kejutan elektrik
Kendalikan perkakas dengan aksesori asal sahaja.
Jangan meletakkan jag pada dasar yang panas.
Awas apabila memproses cecair panas.
Cecair boleh terpercik semasa pemprosesan. Jangan mengendalikan
perkakas dengan tangan yang basah, jangan meletakkannya
di bawah air yang mengalir dan jangan merendamkannya dalam
cecair. Jangan mengalihkan unit motor sehingga jag telah berhenti
sepenuhnya. Jangan menjalankan perkakas tanpa beban.
Tarik keluar palam sesalur sebelum mengangkat perkakas atau
menanggalkan penutup. Jangan sekali-kali menggunakan perkakas
pada kepalanya atau menyahpasangnya dalam kedudukan ini.
Risiko kecederaan daripada bilah tajam!
Pegang bilah pada pemegang plastik sahaja.
Apabila dimatikan, perkakas akan terus bergerak sejenak.
Risiko melecur!
Masukkan dan proses 0.5 liter maksimum cecair menggelegak atau
panas dalam jag plastik atau 1.0 liter maksimum dalam jag kaca.
4

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mr015 gb series

Table of Contents