Download Print this page

Bosch MS6 Series Instruction Manual page 11

Ergomixx and maxomixx fresh vacuum system
Hide thumbs Also See for MS6 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Peraturan pengendalian
Aksesori ini direka khas untuk pengadun tangan ErgoMixx dan
MaxoMixx. Sila ambil perhatian terhadap arahan pengendalian
adunan tangan. Dilarang menggunakan alat ini bersama peranti lain.
Gunakan bahagian yang dibekalkan sahaja. Aksesori ini sesuai untuk
menghasilkan vakum bagi beg atau bekas Bosch yang berkenaan.
Aksesori ini hanya sesuai untuk kegunaan seperti yang diterangkan
dalam arahan ini.
Arahan keselamatan
W Risiko lemas!
■ Jauhkan beg vakum berzip dari kanak-kanak.
■ Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan beg vakum berzip.
W Perhatian!
■ Pasang dan tanggalkan aksesori hanya apabila pemacu berhenti
dan bekalan kuasa diputuskan.
■ Jangan kendalikan dalam keadaan tanpa beban.
■ Jangan sesekali merendam pam vakum ke dalam air dan jangan
mencuci di bawah air yang mengalir atau di dalam mesin
membasuh pinggan.
■ Semua bahan mesti berada dalam keadaan bersih. Sila
beri perhatian terhadap peraturan kebersihan dapur ketika
pemprosesan.
■ Sila biarkan makanan menyejuk dahulu sebelum di vakum.
■ Periksa kualiti makanan walaupun selepas penyimpanan. Gunakan
hanya makanan segar daripada kualiti yang terbaik.
W Penting!
■ Jangan sesekali menyentuh bahan terkedap dengan objek tajam,
runcing atau logam.
■ Bekas simpanan dan beg vakum berzip sesuai untuk mesin
membasuh pinggan dan peti sejuk beku.
■ Makanan di dalam bekas atau di dalam paket boleh dipanaskan
di dalam ketuhar gelombang mikro selama maksimum 90 saat
dengan kuasa maksimum 900 Watt. Tanggalkan penutup bekas
atau buka paket sebelum menggunakan bekas atau paket itu di
dalam ketuhar gelombang mikro.
■ Bekas simpanan dan beg vakum berzip sesuai digunakan untuk
julat suhu -18 °C hingga 85 °C.
■ Beg yang telah digunakan untuk menyimpan daging, ikan atau
ayam mentah tidak boleh digunakan semula.
Peraturan pengendalian
ms
11

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Ms8 seriesMsm6 seriesMsm8 seriesMszv6fs1Mszv8fs1