Download Print this page

Philips sonicare AirFloss Ultra User Manual page 22

Hide thumbs Also See for sonicare AirFloss Ultra:

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
22
Bahasa Melayu
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips!
Untuk memanfaatkan sepenuhnya sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftar produk anda di www.philips.com/welcome.
Gunakan AirFloss bersama pencuci mulut kegemaran anda sebagai
sebahagian daripada rutin penjagaan oral anda. Selain menggosok
gigi, AirFloss membantu mengurangkan plak antara gigi untuk
meningkatkan kesihatan gusi anda.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan manual tersebut untuk rujukan pada masa
hadapan.
Bahaya
- Pastikan pengecas terletak jauh dari air. Jangan letak atau simpan
pengecas di atas atau berdekatan dengan air yang terkandung di
dalam tab mandi, besen air, sinki dan sebagainya. Jangan
direndamkan pengecas di dalam air atau mana-mana cecair lain.
Selepas membersihkan, pastikan pengecas telah kering
sepenuhnya sebelum anda menyambungkannya ke sesalur kuasa
utama.
Amaran
- Kord sesalur kuasa utama tidak boleh diganti. Jika kord sesalur
kuasa utama rosak, buang pengecasnya.
- Sentiasa pastikan pengecas digantikan dengan jenis yang asli
untuk mengelakkan bahaya.
- Jangan gunakan pengecas di luar atau berdekatan permukaan
panas.
- Jika perkakasnya rosak dalam apa-apa cara sekalipun (kepala
berus, pemegang berus gigi atau pengecas), berhenti
menggunakannya. Perkakas ini tidak mengandungi bahagian yang
boleh diservis. Jika perkakas ini rosak, hubungi Pusat Khidmat
Pengguna di negara anda (lihat bab 'Waranti dan sokongan').
Bahasa Melayu

Advertisement

loading