LG -M400DK User Manual page 122

Hide thumbs Also See for LG-M400DK:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus
(SAR).
Peranti ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan yang
dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur
dan kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan
unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian
bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dalam keadaan
peranti memancar pada aras kuasa tertinggi yang diperakui dalam semua jalur
frekuensi yang digunakan.
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model peranti LG,
semuanya telah direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang relevan
bagi pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran
Bukan-Ion (Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP)
Antarabangsa, iaitu 2 W/kg dipuratakan ke atas sepuluh 10 g tisu.
Nilai SAR yang tertinggi untuk model ini yang diuji untuk penggunaan di telinga
ialah 0.471 W/kg (10 g) dan apabila dipakai pada badan ialah 1.130 W/kg
(10 g).
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama
ada dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan
pada jarak sekurang-kurangnya 5 mm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip
tali pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada
badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk
pada jarak sekurang-kurangnya 5 mm dari badan anda. Untuk memindahkan
data fail dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan berkualiti pada
rangkaian. Dalam beberapa kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin
ditangguhkan sehingga sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak
pemisahan diikuti sehingga pemindahan selesai.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
6

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents